NuffNang

Ahad, 26 Ogos 2012

Burung Hantu ke Tasik Kenyir - Day 1

Salam Syawal,

Sempena dengan bulan Syawal nie, dan juga baki baki cuti yang ada sebelum meneruskan tanggungjawab bekerja, Presiden Burung Hantu Wak Lan telah menganjurkan satu ride suka suki ke Terengganu. Ride ini juga sebagai latihan ride Overlander ke Negara Siam yang bakal ditempuh tak lama lagi..chewahhh.

Ride ini akan menggunakan route KL-Kuala Kangsar-Gerik_Kelantan dan Terengganu serta akan bermalam di Kuala Terengganu pada malam pertama. Jarak perjalanan untuk hari pertama yang agak mencabar minda dan ketahanan para peserta sejauh 700km++. 

Jarak yang agak jerih bagi pengendali jentera jentera sport berkuasa tinggi..hehehe. Namun begitu, peserta sportbike pasti terpesona dengan hidangan likuan corner corner dan jalanan yang sangat mempersona di Lebuhraya Timur Barat nanti.

Secawan teh pemanas badan
Permulaan perjalanan yang agak menggusarkan bilamana RV di tentukan di R&R Sungai Buluh seawal 9.30 pagi. Namun keadaan cuaca yang hujan pada pagi itu agak sedikit melemahkan semangat para bikers. Tak kan Bikers takut hujan kot? 

Takk..bukan takut hujan, tapi kalau dah di awal perjalanan kena kuyup, mau menggigil nak sampai ke destinasi yang belum bermula nie. Akhirnya perjalanan hanya bermula jam 1030 pagi, bilamana semua 9 rider telah berkumpul. 2 biji GTR1400, sebiji R1, sebiji R6, seekor arnab, sebiji Versys, sebiji Z1000, sebiji XJ6 dan sebiji ER6F.

Perjalanan pagi ini yang direstui dengan cuaca yang sangat cantik mengiringi peserta hingga ke R&R Tapah. Perhentian pertama dicatatkan jam 12 tengahhari. Kesempatan digunakan untuk membasahkan tekak dan meluruskan urat urat.













Peserta sampai di Gerik pada jam 14++. Waktu nie perut pun dah berkeroncong, jadi mengambil kesempatan untuk berhenti dan makan tengahhari.




Bilamana semua urusan telah diselesaikan, rider melayan corner corner dan jalanan Lebuhraya Utara Barat yang sememangnya menyajikan pemandangan yang cantik. Cuma kadangkala harus agak berhati hati dengan permukaan jalan yang tidak berapa baik.

Rider tiba di Hentian Titiwangsa pada  jam 4 petang. Dengan cuaca yang sangat dingin, hentian ini menyajikan panorama yang sangat mempersonakan.




Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi bilamana mereka tiba kira kiram jam 6 petang dengan perjalanan masih berbaki 120km ke Kuala Terengganu. Rider berhenti rehat hingga jam 7 malam. Perjalanan malam agak harus berhati hati, kerana ini laluan kampung yang kita sendiri tidak dapat mengagak apa yang akan muncul di depan secara tiba tiba.  


Akhirnya rider tiba di Kuala Terengganu pada jam 930 malam. Keletihan dan kepenatan terpancar di wajah. Tapi bersyukur dengan perjalanan yang diiringi cuaca cantik. Jika sepanjang perjalanan hujan turun, alamatnya semakin penat. Kesempatan di gunakan untuk makan terlebih dahulu sebelum balik ke HomeStay.


Tamat telah perjalanan untuk hari pertama. Setelah mengharungi perjalanan sejauh 700km, akhirnya tiba masa untuk melelapkan mata dan merehatkan badan. Esok perjalanan pulang, rider kan menyusuri jalanan ke Tasik kenyir dan keluar di Simpang Pulai... 
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...