NuffNang

Selasa, 20 November 2012

Senawang-Krabi 1906km

Salam,



Syukur alhamdulillah bila akhirnya aku selamat kembali ke Senawang setelah menempuh perjalanan sejauh 1906km dari Senawang-Krabi dan kembali. Bukanlah satu perjalanan yang paling jauh pernah aku buat, tapi pengalaman dan ilmu yang aku timba dari perjalanan ini amat berharga.

Setelah dua kali membuat perjalanan mengelilingi bumi Malaysia, Alhamdulillah kali ini aku berjaya merentasi sempadan buat pertama kalinya walaupun orang lain dah berjaya sampai ke Mekah dan Kota London..Hehehe.

Walaupun pada awalnya melalui pembacaan pengalaman orang lain merentasi sempadan, aku fikir seakan sukar untuk  merentas border. Namun bila kita dah mengalaminya sendiri, baru kita tahu prosedur dan juga senang ajer sebenarnya. Semudah ABC. Terima Kasih kepada member aku Farhan yang banyak mengajar dan lead untuk perjalanan kali ini.

Banyak pengalaman yang aku tempuhi untuk perjalanan ini. Dan InsyaAllah akan aku kongsi bersama sama. Bagi aku, jika ada peluang keluarlah mengembara ke negara orang, sebab kita akan melihat cara kehidupan orang lain dan yang penting suasana negara orang yang berbeza dari negara kita.

Kami membuat perjalanan ini untuk 3 hari dua malam. Satu perjalanan yang singkat dan memang tak cukup masa. Cukup untuk pengalaman pertama. Next time pastinya aku akan ke sana lagi, InsyaAllah.


Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...