NuffNang

Jumaat, 9 Januari 2015

Ride Insaf - Temerloh Selepas Banjir January 2015

Salam,

Selepas banjir besar yang melanda negeri pantai timur baru baru ini, aku membuat solo ride singkat selepas beberapa lama motor tak bergerak. Sebelum banjir melanda tempohari, aku ada pulang ke kampung dan melihat paras air yang naik begitu mendadak dak penuh kerakusan membadai pinggiran kampung kampung di sekitar sungai.

Kini setelah jalan menghubungkan kampung aku kembali boleh dilalui, aku menyelusuri jalanan yang biasa aku gunakan untuk pulang ke kampung daripada Senawang ke Temerloh ini. Jalan yang menghubungkan Bera ke Temerloh ini dahulunya adalah salah satu jalan favourite aku yang dapat diklasifikasikan sebagai salah satu jalan yang tercantik untuk bermotosikal kini tandus. Dahulunya kehijauan kiri dan kanan jalan dengan pokok pokok renek yang tumbuh disekitar tebing sungai Pahang yang mengalir kini dipenuhi dengan lumpur dan selut kuning.



Kesan kerakusan banjir besar yang melanda ini dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Begitu besar kesan kerosakan yang harus dialami dan dilaui oleh penduduk sekitar. Malahan ketika aku melalui kawasan ini, masih kelihatan kesan kesan air sungai yang masih tidak kering dan berlumpur.


Kita juga akan dapat menghidu bau bau lumpur kesan dari banjir yang melanda ini.  Walaupun bagi aku kurangnya pendedahan tentang banjir yang melanda kawasan Temerloh ini di dada dada akhbar mahupun media massa yang lain, namun memang tidak dapat disangkal banjir pada tahun ini adalah antara banjir terburuk yang melanda negeri pahang dan kawasan Temerloh khususnya.


Jika kita mendapat peluang berbicara dengan orang orang tua, mereka akan mengatakan bahawa banjir pada kali ini adalah agak teruk walaupun tidak sampai ke tahap bencana banjir tahun 1971 yang khabarnya pada ketika itu lebih buruk.


Sepanjang perjalanan aku, memang kita tidak boleh dan tidak mampu untuk memikirkan kesukaran mereka untuk membasuh semula rumah, dan untuk membangunkan semula kawasan ini. Di kiri kanan kelihatan kereta kereta dari badan badan NGO yang datang dari luar untuk membantu. Satu usaha yang sangat murni yang dapat mengurangkan keperitan dan kesusahan mangsa banjir ini.


Jalanraya yang masih berlumpur dan berselut, sehingga terpaksa menggunakan jentolak untuk membuangnya dari jalan. Debu debu kering berterbangan sehingga menyukarkan laluan. Kita tak akan dapat menyangka ini yang terjadi kesan dari banjir.







Kesan dari banjir, kita dapat melihat kesan banjir hingga melampaui pokok dan ada kesan air yang hampir memcecah ke bumbung rumah.


Selut dari kesan banjir yang membadai, memungkinkan hanya 4x4 sahaja yang dapat masuk dan menghantar makanan ke pedalaman. 








 








Dan juga kemusnahan harta benda akibat banjir besar yang tidak dijangka pada tahun ini. Gambiran berikut diambil di kawasan penempatan di Paya Pulai, Temerloh Pahang. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.













Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...