NuffNang

Rabu, 17 Mei 2017

Menerjah Kembara Bermotosikal di Medan, Indonesia - Dari pengalaman sahabatku, Nasec Rahmat.

Assalamualaikum semua,

Pahabaq? Semakin jauh pengembaraan kalian bersama jentera beroda dua hangpa? Alhamdulillah andainya kalian semakin jauh mengembara. Namun jika kita masih belum mencuba, keluarlah mengembara. Kerana pengembaraan itu mengikuti sunnah Rasulallah.

Tak kisahlah hangpa tunggang motosikal jenis apa, dan berapa kuasa kuda...yang pasti minat kita sama. Mengembara, memenuhi masa lapang dengan hobi kita, bermusafir, menelaah peta, membaca pengalaman orang lain sambil memahami cara hidup masyarakat setempat.

Bagi aku, sama juga laa....sebab mutur kecik, jadi kembara masih dalam negara. Namun syukur alhamdulillah, sebab sahabat sepengajian aku yang memang kaki mutur, sudi berkongsi cerita dan juga foto foto pengambaraan beliau di luar negara.

Aku kenai sahabat karib aku nie memang dah lama, sejak kami bersama sama menuntut di utara tanahair dulu. Ketika tu tahun 1997. Waktu tu, dia nie laa yang selalu mengajak aku ronda ronda naik mutur dia. Sebab waktu kami belajaq tu, pusat pengajian kami memang tak bagi penggunaan mutur melebihi 100 cc. Jadi dia bawak laa mutur EX5 power dia masa tu walaupun dia mempunyai sebijik Kawasaki KRZ kat kampung.

Dengan EX5 dia tu laa, aku setia menjadi pembonceng. Nak suruh aku bawak macammana, lesen pun takdak. Jadi mana mana dia pi, memang laa aku follow. Setiap petang pusing pusing kampus, kalau tak pun keluar ke pekan Changloon. Pi pasar malam, ataupun terus ke Jitra pergi makan mee goreng Abu, atau pekena nasik kandaq yang aku dah lupa namanya. Kadang kadang kami ke Alos Setaq dan paling jauh pasti laa dia bawak aku balik kampung dia kat Penang.

Lepas study, kami terpisah sebab aku balik kampung dan dia dok Penang. Namun kami kerap jugak jumpa, sebab kalau aku naik utara, aku mesti singgah jumpa mamat nie. Masa aku jumpa dia semula tu dia dah pakai Honda Shadow. Apa laa mimpi dia nie, buleh pakai easy rider pulak dahh. Manakala aku masih lagi jalan kaki. Mutur pun takdak.

Tak lama pas tu, dia hupgrade pakai Z1000. Masa tu aku pakai Versys. Kami pernah ride sekali ke Krabi. Dalam masa yang sama, aku kerap ulang alik Penang naik Modenas Elegan aku dan dia juga ada sebijk Elegan. Cuma bezanya dia punya Elegan cuma pusing pusing Penang ja. Aku punya Elegan dah pusing merata.

Tak lama tu, aku dengaq dia dah hupgrade GTR1400. Pas tu dengaq lagi, dia nak hupgrade lambang bulat...Hahaha. Aku memang wajib jumpa mamat nie kalau aku turun Penang.

Okay berbalik semula cerita Nasec, baru baru nie dia hantaq gambaq nie kat aku. Alamakk...sempoi lak aii. Dia dah dua kali pi ride Medan-Berastagi-Danau Toba. Aku cuma dengaq cerita jaa laa. Poket nipis, pi Pulau Pinang dah laa. 

Bagi aku, pengembaraan bermotosikal kat negara orang nie memang best, sebab kita akan alami pengalaman ride yang baru, pemandangan yang baru, budaya yang baru dan sahabat yang baru. Untuk ride nie, beliau sewa mutur kat sana. Dan pusing pusing mengelilingi tasik dan juga memanjat gunung berapi.

Untuk cerita penuh tentang perbelanjaa, itinery dan sebagainya...nanti aku update kemudian selepas aku pi jumpa bertentang mata dengan mamat nie. Sementara tu, hangpa layan gambaq dia dulu na...

Cargasss....



Sahabat aku Nasec, kiri sekali...pakai baju hitam.

Tu dia yang pakai baju hitam tu, nampak muda kan? Tapi tua banyak tahun dari aku tu...hahaha




Ini laa sahabat baik aku, best prend Nasec Rahmat.






Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...