NuffNang

Rabu, 29 Jun 2011

2011-Cabaran OutDoor

Wah, rasanya dah lama sungguh tak menjengah blog nie. Maklumlah, banyak sangat perkara yang membusykan kebelakangan nie. Tahun 2011 nie memberikan beberapa dimensi baru dalam kehidupanku. Tahun nie memberikan banyak peluang-peluang baru untuk aku mendekati ciptaan Ilahi. Bukannya dulu aku tak mengkagumi, namun tahun nie dengan lebih dekat lagi.

Jika tahun tahun terdahulu, aktivitiku banyak tertumpu hanya kepada ride, namun tahun ini membuka lembaran baru dimana aku telah mencuba beberapa aktiviti baru. Aku telah mencuba mendaki gunung dan juga berbasikal..Haa, dan ianya ternyata sangat kena dengan minat aku! Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Yok rempitan. kadangkala kita akan merasakan yang jalan nie dah semakin pendek dengan bermotosikal. Jadi nak bagi rasa kepuasa, kita berbasikal. Kita kan rasa jalan tu jauh lebih panjang..hahaha

Rupanya dengan berbasikal dan juga memanjat gunung nie, kita akan lebih dapat menghargai ciptaan tuhan. Menelusuri jalan jalan pedalaman, denai denai dan memanjat gunung ganang yang memang tak akan dapat dibeli pengalamannya.

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...