NuffNang

Rabu, 29 Jun 2011

Kayuhan Ke Kuala Linggi





Plan untuk membuat kayuhan jauh nie dah agak lama dibincangkan sebenarnya. Cuma masa sahaja yang tak berapa nak mengizinkan. Lebih lebih lagi kami berada dalam kumpulan yang tak sama cuti. Maklumlah kalau kerja retail nie, memang tak berapa nak ngam sangat cuti tu.

Kayuhan ke Kuala Linggi kali nie disertai oleh 4 biji basikal jeer. Aku, Alan, Farizal dan juga Azri.
Seperti yang dirancangkan, kami berempat akan mengambil route Senawang-TTJ-Rantau-Linggi-Pengkalan kempas-Kuala Linggi. Dan waktu balik pula, kami akan mengambil route Kuala Linggi-Pasir Panjang-Port Dickson-Lukut-Seremban-Senawang. Total perjalanan tak jauh pun sebenarnya. Pergi dan balik mengambil jumlah perjalanan 140km.

140km untuk perjalanan berbasikal nie sebenarnya boleh dikatakan agak jauh jugak laa..untuk beginner yang macam kami nie. Sebenarnya untuk perjalanan pergi, kami mampu mengayuh agak laju dan sampai ke destinasi dalam masa 3 jam sahaja. Bertolak jam 7 pagi dan kami sampai ke destinasi Kuala Linggi dalam jam 10 pagi. Tapi perjalanan waktu balik tu yang amat menekan perasaan...hehehe..maklumlah bertarung dengan cuaca panas dan berjerebu.

Disebabkan kami tak sempat untuk carbo loading sebelum mengayuh pagi nie, kami berhenti sekejab di pekan Rantau untuk carbo loading. Macam biasa, menu pepagi nie adalah roti canai..hahaha. Menambahkan kalori dalam badan. Tapi makcik tukang kedai nie memang sempoi leer, disebabkan dia tengok kami nie pengayuh beskal, dia selamba jeer letak satu jag air kosong atas meja. Uihh, makcik nie perli kitaorang ker apa nie..hahaha.
Perjalanan untuk pergi melalui kawasan ladang sawit. 80% adalah kawasan ladang sawit dengan pemandangan hutan sawit jer kiri dan kanan. Jalan berbukit dan tak berapa banyak kereta. Kayuhan terpaksa dimaintainkan untuk kami sampai ke destinasi dengan kadar yang agak segera.
Kami sampai di Kuala Linggi dalam jam 10 pagi. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 pagi, namun cuaca amat merimaskan. Berjerebu dan agak panas. Kayuh punya kayuh sampai ke jambatan Kuala linggi. Berhenti tunggu team yang keciciran sambil bergambar sekeping dua..menyempat lagi tu.Sebenarnya Farizal mengalami kesakitan waktu kayuhan kali nie. Kaki beliau berada dalam keadaan yang tak berapa mengizinkan untuk mengayuh. Namun dengan keazaman dan kekuatan yang ada, dia teruskan jua mengayuh hingga sampai ke Kuala Linggi. Opps, lupa pulak nak bagitahu, hari nie Azri mengayuh dengan jersinya yang baru..Bila dah sampai ke tempat yang dituju tu, apa lagi memasing pun cariklah port untuk berlabuh. Bila sampai jeer, memasing pun senyum jeer..hehehe, maklumlah dapat jugak sampai ke destinasi tujuan buat kali nie. Dari kejauhan kami nampak restoran terapung ikan bakar tu, malangnya restoran tu hanya dibuka waktu malam jeer. Disebabkan kami nie sampai waktu tengahhari, dapat tengok kedai jer lah jawabnya.Sekarang dah masuk pukul 11.30 pagi dah..kami kena cari tempat untuk lunch nie. Dah tak ada masa lagi nak carik tempat makan yang lain nanti. Ada cadangan untuk makan tengah hari di Teluk Kemang, namun jarak perjalanannya masih agak jauh lagi. So kami decide untuk mencari kedai makanan di sini. Namun kalau tak silap, kami tak jumpa pulak kedai makan tadi. Nasib baik saya ada terbaca pengembaraan Abang Acid yang berkayuh ke Kuala Linggi dan mereka makan di Kantin Bangunan Kuning. Kalau tak silap, bangunan tu milik Kastam. So kitaorang pun berkayuhlah ke sana, memberanikan diri bertanya dengan pak guard tu. Nasib baik jawapannya okay. Kami dibenarkan masuk untuk menjamu selera di kantin kat dalam tu.Lepas makan tengah hari yang memang kami balun sekenyang kenyangnya, ambik masa sket ambik gambar barang sekeping dua kat area situ. Sebelum balik, kami sempat topup air minuman dalam botol yang kami bawa..siap isik ais lagi tu. Makan tengahhari memang tak ingat, dah macam tak nak balik dah. Siap bersambal belacan lagi..hehehe, mungkin terlupa yang kami nie mengayuh basikal, bukannya nak balik dengan bersandar di kerusi empuk BMW..hahaha.

Lebih kurang jam 12 tengahhari, kami memulakan kayuhan pulang. Panas dan sangat rasa tak selesa. Matahari tegak di atas kepala. Kayuhan selepas makan agak lebih bertenaga, namun kami kena bertahan dengan cuaca yang sangat panas nie. Kayuhan diteruskan hingga ke Teluk Kemang. Kayuh tak laju, namun maintain. Sebelum area Teluk kemang tu, kami berhenti kat tepi jalan sebab Alan mengadu yang dia punya meter tak function. Puas kami merepair, namun memang tak boleh hidup dah meter tu. Tak jauh lepas tu sikit, kami berhenti di bus stop. Tunggu Azri dan farizal yang tercicir kat belakang. Kesian farizal, dia memang tak boleh nak push up to the limit.
Sampai area Teluk Kemang, tekak terasa haus. Bahang panas mentari sememangnya amat mencabar keimanan kami. Niat di hati nak berhenti sambil pekena cendul kat tepi jalan tu, nasib tak berapa baik gerai tu tutup pulak. So kami mencari cari kedai yang ada jual cendul, Azri mencadangkan kami pekena cendul kat dataran PD tu. Bolehlah, janji boleh basahkan tekak nie.Lepak sana tak lama jugak, agak agak sejam. tengok jam dah masuk pukul 2 dah. Time to go nie. Kayuh lagi dengan panahan matahari. Slow but maintain. Memang betul dia orang cakap samaada berkereta, bermotosikal atau berbasikal, elakkan mengayuh pada jam 12tgh hari sampai ke jam 2 ptg. Itu adalah masa dimana kita perle berehat, sembahyang dan lepak sket. Sampai PD tak berhenti, terus berkayuh sampai ke Lukut. Sampai area Lukut, kami stop kat tepi jalan, ada gerai jual buah. Apa lagi, satu sikat pisang berangan clear kat situ. Dan bebudak nie bahan beli air kelapa pulak dah..adoyai..

Kami teruskan mengayuh sampai ke Springhill dalam pukul 4 petang. Badan memang dah terasa lesu sangat. Kayuhan agak berbukit kat area Springhill nie, nama pun Hill. Sampai kat simpang luar tu, kami berhenti dan lepak belakang pokok. Berbaring atas rumput tu. Pherggh, rasa nak melelapkan mata pun ada. Lepak situ kejab sampai agak agak pukul 5 petang. Lepas tu kami gagahkan jua untuk mengayuh hingga ke Mambau. dari situ kami berhenti di Stesen Shell untuk toilet break dan refueling dengan 100 Plus.

Tak lama berehat, kami start kayuh semula hingga ke Seremban dan teruskan mengayuh hingga ke Senawang. Walaupun penat yang amat sangat, namun kepuasan jelas terpancar di wajah masing masing. Pengalaman yang tak tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Kami sampai ke senawang pada jam 6.30 petang..lengkap putaran 12 jam kayuhan kami pada hari itu, Keseluruhannya kayuhan amat mantap dan boleh diperbaiki lagi. Tahniah untuk farizal, walaupun sakit namun mampu mengayuh hingga ke Senawang. See you next trip!

.

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...