NuffNang

Selasa, 31 Januari 2017

Menerjah Cendol Juaseh

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog nie. Banyak kerja luar. Motor pun lama tak start sampai weak battery. Nak start pun dah tak leh, lagipun roadtax dah sampai ajal....Hmmmm.

Sekarang nie kena kerja kat Pilah. So hari hari ulang alik Senawang Pilah. Syok jugak bila pagi pagi tu menerjah ke Bukit Putus, meredah kabus dan awan awan rendah. Sejukkan...

Dalam perjalanan ke Kuala Pilah, kita akan dihidangkan dengan laluan lazat dan pemandangan menarik. Scenery gunung-ganang dan sawah padi serta kampung kampung tradisional akan menghiasi landskap perjalanan. Banyak port port makan yang boleh kita singgah, aku sendiri pun tak sempat nak singgah lagi.

Tengahari semalam, waktu rehat makan tengahari aku ikut si Mushairul dan Samsul keluar makan. Diaorang nie memang orang tempatan, so banyak port port makan yang diaorang tau. Sebab pagi tu dah makan nasi lemak, tengahari dah tak nak makan nasi dah.

Cuaca panas, pekena cendol pun sedap. Tapi bila cuti raya cina, orang Melayu pun ambil kesempatan bercuti sekali. Jalan memang jammed, masalahnya kedai cendol pun turut bercuti....Aduii.

Pusing punya pusing, last last kita orang dah sampai ke simpang Bahau. Kat tepi persimpangan tu ada kedai kedai jual pisang dan barangan tempatan. Terselit di antara gerai gerai tu ada satu gerai cendol. Cendol Juaseh namo eeh.

So kita orang decide nak bonti makan ket situ. Pemandangan menarik, ada tempat makan bersila. Aku tak sempat ambik gambar..Kat sini selain ada jual cendol, ada juga jual koayteow goreng. So sambil makan cendol, kita makan koayteow ya.

Cendol pulak, kita pilih cendol durian. Pherghh...aku bukan laa hantu durian pun sebenar nya. Tapi bila dah lepak lepak cenggini, teringin pulak nak merasa. Semangkuk RM7. Durian seulas. Aku rasa durian siam laa nie. Isi keras....fail betul.

Walaupun isi agak keras, tapi ada rasa durian laa. Boleh dimakan. Memang mengenyangkan. Koay teow goreng okay. Boleh di makan. Mengenyangkan. Sedap tu macam aku cakap dulu, satu benda yang subjektif. Mungkin aku cakap sedap, korang rasa tak sedap. Dan mungkin sebaliknya. Jadi aku tak nak komen bab rasa.

Port nie ramai juga yang singgah makan. Walaupun jalan nie memang jalan utama jika aku nak balik ke Pahang, namun memang tak pernah aku singgah pun. Selalu tengok, tapi malas nak singgah.

So kalau korang dah alang alang lalu kat sini, singgah laa. Hilangkan dahaga sambil pekena koayteow atau mee goreng. Cendol pulak pilih laa mana mana yang korang berahi nak makan.

Oraitt....jom sambung kerja. Cargass...

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...