NuffNang

Selasa, 31 Januari 2017

Menerjah Sarapan Terbaik Kuala Pilah

Assalamualaikum,

Pagi nie macam biasa, aku still kat Kuala Pilah. Disebabkan sampai awal sikit ke tempat kerja, aku pun ikut laa Mushairul dan Samsul keluar breakfast.

Kali ni, Mushairul yang memandu Proton Preve barunya membawa aku ke perut pekan Pilah. Dari kejauhan dah memang nampak kemeriahan dengan pelanggan. Terletak dibelakang bangunan bank RHB, aku terlupa nak tag lokasi sebenar port makan nie.

Pagi nie ada 3 buah gerai jerr yang beroperasi. Dan di meja meja lipat fesyen lama yang ada di situ, kebanyakannya di singgahi oleh orang orang tua. Kemungkinan datang dari kampung kampung berdekatan. 2 gerai menjual roti canai, dan sebuah kedai yang panjang beratur....rupa rupanya menjual nasi lemak lauk sotong.

Gerai pertama di punyai oleh seorang brader yang aku tak tau namanya. Namun atas rekemdesen Mushairul, kitaorang order roti canai kosong di gerai ini. Dari perbuatan abang penebar roti canai, aku terdengar bahawa masa yang terpaksa ditunggu oleh pelanggan adalah satu jam untuk bungkus. Woww....hebat nie.

Tapi aku perhatikan memang pelanggan yang bungkus roti canai nie, memang lebih dari 10 keping sorang. Handal melihat kelincahan brader nie menebar roti canainya.

Tak lama menunggu, roti canai yang dipesan pun sampai beserta kuah dhal sambal. Bila masuk ke mulut, ternyata rasa roti nie memang menambat selera, serta kerangupan roti canai nie yang memang best. Kuah dhal sambal memang terbaekk.

Tak hairan jika pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan order bungkus. Kesabaran berbaris memang berbaloi. Khabarnya gerai nie, kalau datang pukul 9 pagi memang terkilan Dan kempunan laa nak makan roti canai. Sebab dah habis.

Di kejauhan, gerai ketiga aku melihat pakcik pakcik tua, serta uncle cina sabar berbaris panjang dicelah celah anak muda yang juga beratur. Sungguh menarik minat aku untuk meninjau. Dari cerita abang yang sempat aku tanya, beliau mengatakan bahawa nasi lemak pakcik nie memang terbaik...yang paling sedap adakah sambal sotongnya...Nyum ny um...Nanti kita cuba dilain kali ya.....

Cargass....Jom masuk kerja..

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...