NuffNang

Sabtu, 25 Februari 2017

Menerjah Sarapan Roti Canai Kayu Arang dan Lunch Asam Pedas Muar - Ride Cholesterol 2017

Assalamualaikum semua,

Kali nie aku nak cerita intipati ride cholesterol aku untuk permulaan tahun 2017 nie. Setelah melalui perbincangan singkat bersama teman teman sekerja, kami bersetuju untuk jalan jalan cari makan ke destinasi negeri jiran iaitu Melaka dan Johor. Satu ride pendek yang tak memerlukan kos yang tinggi mahupun buku merah untuk melintasi sempadan.

Pada permulaan, seramai 4 orang yang akan turut serta. Namun di pagi permulaan ride, Rizal telah menghantar whatsapp sedih yang memberitahu beliau tak dapat turut serta dalam ride terjahan pagi nie. RV ditentukan di hadapan masjid Taman Tunku Jaafar pada jam 8 pagi, manakala tayar golek jam 8.20 pagi.

Aku yang bertugas sebagai despatch pada pagi tu baru sahaja selesai menghantar kuih talam milik girlfriend aku ke IMU, International Medical University. Bergegas terus ke tempat RV dan sampai tepat jam 8.20 pagi. Tak perasan pulak si Hisham membawa anknya bersama di atas motor. Masa tu dia tengah bersembang dengan si Nazly.


Disebabkan Hisham tidak mendapat kelulusan untuk ride pagi nie, maka ride akan tetap diteruskan dengan dua rider sahaja. Aku dan juga Nazly. Lantas tanpa membuang masa, aku terus memulakan perjalanan pagi tu dengan lafaz bismillah dan juga bacaan doa pendek. Matahari sudah memancar naik memeritkan kulit tangan yang tidak memakai gloves.



Kami mengambil laluan jalan dalam costal road menuju ke Simpang Empat melalui Pedas dan Rembau. Sebelum itu, kami singgah di Pejabat Pos Pedas kerana Nazly ingin menghantar parcel SJ7000 yang di order oleh pelanggannya. Andainya ada pembaca yang ingin mendapatkan Kamera SJ7000 yang setaraf GoPro Hero 3 tu, boleh laa menghubungi saya. 016.6655.475. Kami akan berikan harga terbaik untuk pembaca blog ABN dan keuntungan akan dijanakan sebagai dana ride yang akan datang.

Selesai semua urusan penghantaran, kami meneruskan perjalanan menerusi jalan dalam hingga ke simpang empat. Memang tak berniat untuk berhenti di mana mana kerana tujuan untuk sarapan di Melaka. Melewati perkampungan tradisional dengan pemandangan yang sangat menarik membawa kami melewati lebuhraya AMJ yang akan membawa kami terus ke bandaraya Melaka. Singgah di Alor Gajah untuk mengisi minyak. Aduiii, mahal pulak minyak ni. Satu tank aku isu 8.50, kalau dulu full tank baru RM7 ajerr.



Tanpa membuang masa selepas mengisi minyak, kami meneruskan perjalanan hingga ke Bachang. Destinasi kami bersarapan adalah gerai Roti Canai Kayu Arang yang sentiasa penuh seolah olah ada kenduri kawin tu. Dengan perasaan berkobar kobar akibat dari viral viral yang dijanakan oleh blogger blooger and keyboard warrior, aku memang tak sabar nak merasai dan menghayati sendiri macam mana rasanyanya roti canai kayu arang nie.


Disebabkan dah terlanjur sampai, kami order semua menu menu yang diviralkan. Roti canai, sate dan juga nasi lemak. Semua mesti rasa. Kalau kita pergi hari bukan cuti, kita masih lagi berpeluang untuk duduk dan makan dengan tenang. Kalau pergi weekend, harap maklum laa ya. Korang berdiri laa tunggu meja kosong.


Kami memilih untuk order 8 cucuk sate ayam dan 8 cucuk sate daging yang berharga 80sen secucuk. Pada pendapat aku, sate nie tak selembut sate yang biasa aku makan kat Temerloh tu. Namun still ada rasa sate laa, tak laa tawar. Sate ayam dia okay. Kuah okay. Aku tak boleh nak bagi pendapat sama ada sedap atau tak. Korang kena cuba sendiri sebab sedap tu satu subjektif. Mungkin aku rasa sedap, tapi korang rasa tak sedap kan?


Kini sampai masa untuk merasa nasi lemak. Kami order nasi lemak telur. TApi terdapat lagi menu nasi lemak lain yang aku nampak pelanggan lain order. Ada nasi lemak ayam goreng, ada nasi lemak rendang daging. Sambal agak pedas dan mungkin tak sesuai untuk kanak kanak. Namun nasinya aku boleh puji, lembut dan berperisa.


Kini masa yang ditunggu tunggu dah tiba. Roti canai yang dimasak menggunakan kayu arang. Zaman dah reverse semula, orang semakin mencari benda benda macam nie. mengimbau kembali ke zaman silam. Tak mustahil satu hari nanti, orang akan mencari masakan yang dimasak mengunakan kayu api..hmmm.


Dua keping roti canai biasa dimakan bersama kuah dhal sambal. Namun bagi selera aku, aku lebih prefer roti canai Restoran Jumaat di persimpangan tol Simpang Renggam. Roti canai nie amat biasa, tak ada yang luar biasa pun. Roti agak garing, mungkin disebabkan dimasak menggunakan kayu arang kot. Aku prefer roti canai yang lembut.


Walau apa apapun, habis juga dua keping roti canai aku kerjakan pagi tu. Selesai upacara makan makan. Harga agak murah, tak mahal sangat walaupun kedai nie dah femes.


Selesai makan sampai tersandar, kami pun gerak menuju ke Muar. Perut memang kenyang. Waktu nie dah menganjak ke pukul 12 tengahari. Memang sangat panas cuaca hari tu. Tapi best sebab ride dengan motor kecik. Tak berat dan tak panas kaki. Santai jerr...


Dalam perjalanan menuju ke Muar, kami singgah di jeti Anjung Batu. Aku kerap kali juga ke Melaka, tapi tak pernah sampai ke sini. Hari nie aku dengan Nazly pergi meninjau jeti nie. Best juga kalau ada masa lebih nie, boleh kami ke Pulau Besar. Ushar ushar apa yang ada kat sana. Malangnya kami sampai ke sana jam 12.30 tengahari, dan feri jam 12 dah lepas. Next feri pukul 2.30 petang, Lambat sangat nak tunggu. So kami pusing pusing kawasan sekitar sambil membaca artikel artikel yang terdapat di situ.


Jadual feri for next ride..







Bila dah kecewa tak dapat nak nak feri, kami terus gerak keluar menuju ke Muar. Melalui jalan dalam waktu tengahari rembang memang membuatkan kita cepat letih. Lebih lebih pulak kalau lepas makan. Aduii. Bila dah lalu di sepanjang  perjalanan tu, mata melilau melihat keindahan kampung orang. Tiba tiba mata tertumpu pada signboard Makan Tun Teja.

Wahh...Ini best nie. Ride mengejar sejarah pulak. Tun Teja nie adalah anak Bendahara Pahang. 
Sedikit sejarah Tun Teja yang aku copy dari Wiki:

Tun Teja Ratna Benggala nama penuhnya, anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke 8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil. Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.
Tun Teja disebut dalam dua hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia dikatakan Hang Nadim.
Tersebut pula kisah Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka yang telah diutuskan ke India untuk membeli 40 gulung kain namun malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Tun Teja. Sesampainya Hang Nadim ke Pahang, baliau telah membuat perhubungan dengan orang-orang istana hinggakan tiada orang curiga lagi akan niatnya. Tun Teja di pujuk rayu dan Hang Nadim menceritakan tentang kebaikan rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja termakan pujuk dan bersetuju untuk mengikut Hang Nadim pulang ke Melaka.
Hang Nadim merancang akan rancangan untuk melarikan Tun Teja ke Melaka dan perjalanannya memakan masa selama 40 hari. Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap dilantai balai istana denagn tangan seakan terikat kebelakang. Melalui kata-kata kiasan, tahulah baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya memujuk Tun Teja ke Pahang dan akan dipersembahkan kepada baginda. Tun Teja dikahwini baginda dan dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.
Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat sewaktu Portugis mula menyerang Melaka yang pada ketika itu Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar, pada tahun 1511. Tun Teja telah dimakamkan di Merlimau, sekitar 24 km daripada bandar Melaka.
Berbeza dengan versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu, walhal Tun Teja Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.
Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang-orang Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, diketuai oleh Tun Jenal. Namun angkatan tentera Pahang terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah oleh Hang Tuah. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairung seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah untuk mengahwini Hang Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.
Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya, telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4000 tentera namun beliau singgah di Pahang untuk mengadap Sultan Pahang. Namun beliau dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah yang telah dapat menghidu tindakan Megat Panji Alam. Sultan Pahang yang murka kerana gagal menjalinkan hubungan dengan Terengganu, telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Tun Teja.








Bila aku membaca kembali sejarah Tun Teja nie, membuatkan aku terfikir bagaimana cerita Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquline dan M Nasir tu. Ceritanya ada rentetan dari peristiwa tu kan?

Okay kita tinggalkan cerita sejarah tun Teja. Kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Muar, destinasi utama kami. Namun pandangan aku tertumpu pada sebuah rumah yang sangat cantik buatannya.


Rumah Penghulu Abdul Ghani terletak di Pekan Merlimau kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar. Rumah unik bersenibina campuran ini di bina dalam tahun 1914 oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan Merlimau.[1][2][3][4][5]
Ia dikatakan bersenibina campuran kerana terdapat pelbagai senibina yang mewakili pelbagai bangsa. Setelah Penghulu Abdul Ghani meninggal clunia, beliau telah digantikan oleh anaknya Mohd Natar dan rumah tersebut dikenali sebagai rumah Penghulu Md. Natar.




Kami tak masuk pun ke galeri tu memandangkan masa amat mencemburui kami. Waktu nie dah hampir ke pukul 1.30 tengahari. Kami melewati sempadan negeri Johor dan mula berada di Daerah Tangkak. Waktu nie perut masih kenyang, namun amat dahaga kerana kepanasan cuaca. Kalau dah melewati sempadan nie, rugi laa kalau kita tak bergambar. Bukti tu..




Akibat kepanasan cuaca yang melampau, ditambah pula dengan melihat waktu zohor dah masuk, kami mengambil keputusan untuk berhenti iqtikaf di Masjid yang berada di Dataran Muar, bersebelahan dengan Jeti Tg Emas, Sungai Muar nie. Nazly mengambil kesempatan untuk mandi dan membersihkan diri di sini.


Selesai segala urusan mengadap tuhan, kami terus menuju ke medan selera Tg Emas. Memandangkan kami sampai pun dah hampir pukul 3 petang, maka lauk lauk belen jerr yang ada. Girlfriend aku pesan ikan semilang pun dah habis, tauhu pun habis. Yang tinggal telur ikan, jenahak dan juga kepala mayong jerr. Aku memang kenyang lagi masa nie. Hasrat nak makan macam macam pun dah terbatas. Lagi pulak disebabkan cuaca panas.

Nazly order telur ikan, aku tak tau nak makan apa. Aku taopao kepala mayong, RM15 tapi tak der isi. Takkan nak makan tulang ikan kot...agak agak laa abam kedai uiii. Nazly taopao ikan jenahak. Aku order nasi sambil pau Nazly punya telur ikan. Yang paling sedap raso eeh adolah air sirap mo air kosong...Hahaha. Cuaco paneh.

Alhamdulillah, selesai makan. Aky tanya Nazly samaada nak tapau mee bandung tak? Tak nak koba eeh...konyang dah hongehh. Sebelum pergi ride, macam macam plan nak makan. Bila dah sampai, tak ada selera pun nak makan...Hihihi.


Tepat pukul 4 petang, kami beransur pulang. Melalui lebuhraya AMJ hingga ke Simpang Empat. Melewati perkampungan dan juga kebun kebun getah. Tak singgah mana mana pun, Tapi kami sempat juga berhenti kat Pasar Karat Muar tu. Tanya Nazly nak singgah tak? Aku nampak macam barang barang Singapore jerr. Malas nak singgah, takder tujuan.

Kami berhenti untuk refueling kat Petronas Simpang Empat. Masa nie aku tengok langit memang dah gelap gulita. Nak hujan. Siap isi minyak, aku simpan semua dompet, telepon dan sebagainya bawah seat moto. Selamatt.

"Camner? Nak stop atau redah jerr hujan nie?"tanya Nazly.
"Memandangkan jam pun dah pukul 6 petang, baik kita redah jerr. Lagipun Bikers mana takut air"...Aku menjawab.

Lets go...kita redah hujan. Tapi terlupa lak si NAzly punya Magnum tak ada visor. Arghh...kacarr. memang naya laa dia menahan tujahan air hujan mengenai mata. Hujan selebat lebatnya, complete dengan pakej ribut petir sekali. Kami perlahan lahan dan berhati hati membelah hujan yang sangat lebat nie. Memang tak bawa baju hujan pun. Sebab dah lama tak mandi hujan....nak juga merasa.

Hujan nie walaupun tak lama, tapi memang selebat lebatnya. Sampai kat Bongek, hujan pun stop dan jalan dah kering. Kami perlahan lahan menelurusi likuan jalan hingga baju pun hilang basahan namun masih lembab dek air hujan.

Akhirnya kami selamat sampai ke Senawang jam 7 malam. Berhenti rehat jab kat Petronas sambil sembang sembang next ride. Aku tak record pula berapa milage ride kali nie. Agaknya 350km kot. Kami berpisah di sini meneruskan perjalanan masing masing balik ke rumah.



Syukur alhamdulillah, selamat sudah perjalanan mengejar sejarah, ride cholesterol untuk kali nie. Nanti kita plan ride lagi. Bawak moto paling kecik ya...Baru syokkk.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...