NuffNang

Selasa, 23 April 2013

Al-Fatihah buat Mizulfadzli

Salam,

Tak semua kecelakaan yang menimpa penunggang motosikal adalah berpunca dari sikap leka penunggang itu sendiri. Ada juga musibah yang berlaku disebabkan kelalaian orang lain. Namun, aku sering berpesan kepada diriku sendiri dan juga sahabat permotoran yang lain, sentiasalah berhati hati dan berwaspada ketika berada di jalanraya. Kita sentiasa terdedah pada bahaya dan menjadi mangsa atas kerakusan orang lain.

Al-Fatihah buat sahabatku, Mizulfadzli yang telah kembali ke rahmatullah dua hari lepas, juga akibat kelalaian orang lain. Beliau mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat kemalangan tersebut dan menghembuskan nafas terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang soleh. Amin..








Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...