NuffNang

Isnin, 15 April 2013

Ride Breakfast - R&H Maharani Sate Muar

Salam,

Setelah lama tidak membuat perjalanan jauh dengan motor, akhirnya pagi nie aku berjaya juga mencuri masa untuk keluar jalan jalan. Perjalanan yang tidak dirancang sebenarnya. Memandangkan motor pun dah lama sangat tak keluar dari Negeri Sembilan, maka aku pun start merancang untuk perjalanan yang jauh sikit.

Pada mulanya aku merancang untuk membuat perjalanan makan pagi ke Melaka, cadangnya nak makan roti canai pekena dengan kuah asam pedas. Member aku, ex roomate masa study dulu si Chah kat Merlimau pun dah bagi beberapa port nak pekena roti canai asam pedas nie.


Tapi bila dah tiba masanya, aku dapat idea yang agak memberansangkan. Ride breakfast makan sate kat Muar. Aku pernah dengar juga pasal port nie sebenarnya sebelum nie. So kali nie, aku decide untuk buat short ride tapi bermakna ke Muar. Mungkin next trip, aku akan ke Melaka pekena roti canai asam pedas..hahaha.

Perjalanan dimulakan seawal jam 8 pagi. Kononnya berjanji nak golek tayar pukul 8, tapi last last pukul 8.20 jugak baru gerak. Macam macam laa perkara nak diselesaikan. Yang penting, hantar si kecik tu ke sekolah dulu. Baru boleh bergerak.


Bila sampai kat Petronas Bandar Senawang RV point, aku tengok Azri dah tunggu. Okay laa tu, tak der laa lama sangat ko nak tunggu aku. Cuma ambik masa aku nak isi angin jerr dulu. maklum laa motor dah lama tak berjalan.



Perjalanan pagi nie melalui LebuhRaya Utara Selatan memang laa lancar. Al maklum laa, ride hari Isnin, semua orang sibuk bekerja. Aku ngan girlfriend aku dan Azri solo. Kami pun tak speeding, layan ikut hadlaju kebangsaan ajer.

Pagi pun cuaca tak panas, pendek kata memang syok laa ride pagi pagi nie. Melepasi Pedas, aku nampak kerlipan lampu biru cahaya lampu kereta peronda yang datang dari arah Melaka. Ada laa dalam 3-4 biji. Semuanya pakai lancer kot...kalau tak silap laa. Tak perasan samaada lancer atau Inspira.

Depa dok eskot sebijik sport car warna pink. Tak dapat laa nak ambik gambar. Aku tak perasan pun, cuma pillion aku yang tukang update kat aku. Tak lama lepas tu ada lagi, pun aku tak perasan kereta apa yang depa escort. Last group aku perasan sebijik Cayern yang pakai lampu kelip kelip tu.

Sampai jaa exit Melaka, aku dah slow down. Berhenti dan tanya Azri, samaada dia nak balik awal ker tak? Kalau nak balik awal, memang aku stop kat Melaka jaa laa. Dia cakap takper, so aku pun decide terus ke Muar laa.

Tak lama lepas tu, dah sampai dah exit Tangkak. Sebelum tu ada speed trap. Sebelah sana lebuhraya ada roadblock. Tapi nasib baik juga masa tu jalan sedang dibaiki, so depa nie tak dak laa lari kaw kaw..

Masuk jaa jalan persekutuan menuju ke Muar, jalan pun tak laa sibuk sangat. kami pun layan laa slow slow. last singgah sat isi minyak kat stesen Petronas Bukit Kangkar.
 

Berhenti tak lama pun, lepas isi minyak terus shoot menuju ke Muar. lapor dah beb..pagi tadi tak makan apa apa pun. kami sampai kat Bandar Maharani dalam pukul 930 kalau tak silap. Dah sampai sini, menjajar pulak cari kedai nie. 

Tak perasan aku, rupanya senang sangat nak cari kedai nie. Berhadapan dengan stesen bas, berhampiran dengan pasar awam dan juga betul betul berdekatan dengan jejantas. Perhatikan asap sate, kat situ laa port nya.

Almaklum laa kalau malu bertanya, nanti sesat jalan. Aku pun stop dan tanya satu brader, dia bagi direction. So kena U-turn laa. Bila dah U-turn, stop lagi dan tanya seorang abang tu. Dia tanya, nie satu group dengan geng motor besar tadi tu ker? Aikk...musykil jugak aku. Hari Isnin pun ada jugak group yang buat ride, ingatkan aku ajer yang suka ride hari biasa nie...hehehe


Rupa rupanya bila dah nak parking, memang betul. Ada satu group dah lama sampai kat situ. Aku tak perasan berapa biji, tapi yang pasti ada Versys, ER6, Ninja 250, FJ1300, CBX dan Z750 kot. Sampai kat sini Azri dok conpius belek tayar depan dia. Aku ingatkan pasai apa, rupanya dia cakap skru madguard dah hilang daa...adoihh. Tak paa laa, janji buleh jalan lagi..







Bila kami melangkah masuk jerr dalam kedai, kami disapa mesra oleh kakak kat kaunter tu. Tokei kedai laa agaknya. Kat belakang ada banyak lagi kerusi kosong katanya. owh...luas jugak laa kedai nie. Bila dah sampai ke belakang, aku tengok satu group bikers lepak kat situ dalam satu meja panjang.

Atas dasar persahabatan sesama bikers, aku tegur geng nie dan nasib laa depa tak sombong..hehee. Ramah tamah. Khabarnya dari sini jugak. Aku pun tak sempat nak bersembang panjang.

Okay laa nie masuk bab makan. dari info yang aku baca, kedai nie buka waktu breakfast jaa, dari 7.30 pagi sampai ke 12.30 tengahhari. Kalau tak betoi, tolong perbetui laa noo. Bila engkorang duduk jaa, sat nie depa hantaq sate macam dalam gambaq bawah nie.  Ada sate daging, ayam, perut dan juga paru. Harga 60sen secucuk dan depa akan caj ikut qtty yang korang makan.



Selain dari sate, korang pun boleh order side order. Macam macam laa ada, aku tak sempat nak ambik gambaq menu. Tapi ada mee rebus, ada nasi lemak pacak, ada sup, ada lontong, ada tauhu lenggok dan macam macam lagi laa menu yang aku tak ingat.




Kat bahagian belakang nie, ada jual Fried Chicken. Teruna Fried Chicken...terbaekkk.


Sorry laa kualiti gambar tak berapa nak bagus..Maklum laa amatur. 

Mee sup apa tah...nampak cam sedap jugak..

Nie laa tauhu lenggok...sempoi dan MUST TRY..


Lontong daaa....


Nie laa mee Rebus..




Sedang aku makan makan, group awal nie pun dah nak blah. Tapi aku tak sempat laa nak pi salam, pasai kami duk berjauhan. Tapi aku respek laa, pasai ada ada seorang wakil dari group nie mai datang jumpa dan bersalam ngan aku.

Salam kenalan buat Saudara Arif, dari Lanun Bikers. Rupanya saudara Arif nie salah seorang dari ahli Majlis Tertinggi Lanun Bikers Johor. Pagi tadi dia bersama sama dengan seorang lagi MT Ustaz Abd Razak yang datang meraikan Group Lanun Bikers KL dan juga Melaka..tapi aku tak sempat nak ambik gambaq dgn diaorang nie...sibuk makan sate..hehehe

Dari cerita saudara Arif nie, geng nie memang selalu turun dan pasti pekena breakfast kat Sate nie. Kalau bab makan tengahhari, lagi sempoi. Aku pun tak tahu rupanya Muar juga terkenal dengan ikan patin dan juga udang masak telur itik kat Durian Condong. Aku ingatkan terkenal dengan asam pedas jaa. Next time boleh roger Arif nie, suruh tunjuk port makan baru nie..

Bila dah siap makan, hari pun dah panas. Hampir jam 11 pagi jugak laa kami blah. Bergerak meninggalkan Muar ikut jalan Merlimau.Waktu balik, kami ditahan oleh sekatan jalan raya di area nak masuk tol tu. Sempat jugak laa sembang sembang dengan abang polis nie. Aku tengok CBX depa berkilat...pherggh.

Kami sampai kat Senawang jam 12.20 tgh hari. Ride slow jaa, mengantuk pun ada...Syukur alhamdulillah selamat sampai Senawang semula. next ride mencari Udang Telur Itik dan Roti canai Asam pedas...hahaha.

1 ulasan:

aboyNajun berkata...

rasanya kereta sultan johor yang kaler pink tue... yum...yum... berkeroncong perut aku tgk gambar2 makanan yang bro ambik.. pepun nice ride!

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...