NuffNang

Jumaat, 19 April 2013

Ride Report Fun ride – Kuantan


Ride Report Fun ride – Kuantan – Monday 15 April..RV 9am – Bhp Gombak

Jam sudah menunjukkan 9am..sah, memang aku dah terlewat ke tempat RV seperti dijanjikan..tapi aku dah pesan dengan geng2 ni, kalau pukul 9 ada yang tak sampai di tempat dijanjikan..korang gerak dulu..nanti kita berkumpul di next stop RnR Temerloh.

09:20am..aku tiba di Bhp Gombak, baca sms, “ kami dah gerak ..minta jumpa di next station RnR Temerloh “..aku tak buang masa, refuel  bagi penuh tank..terus melayan highway karak , sorang-sorang best jugak layan Karak ni..maintain 140-160km/j all the way..naik je LPT Jalan memang clear..lagipun isnin, mana ada geng-geng motor nak ride hari bekerja..kat sini maintain 180km/j..dalam hati aku, Jangan jadi apa2 dah la..hilang akal aku maintain camni dengan motor 2 lejang…

Lagi jauh aku dah Nampak bayang2 jacket hijau, ‘ dalam hati aku, ni mesti geng-geng aku ni..’, yes.. betul sangkaan aku, dapat juga aku tangkap group yang nak sampai ke susur Temerloh..laju betul diorang ni..kena tinggal 20 minit pun..jauh ni baru boleh jumpa semula..

10:20am..kami dah tiba di RnR Temerloh..Top up minyak..tekejut aku untuk jarak 130km, motor aku pelahap minyak rm15..sedangkan Honda future hanya top-up rm4.90..memang betullah slogan motor ni
HERO PENJELAJAH JAUH “..so sesapa nak joint konvoi..cari lah motor yang bersesuaian dengan keperluan tetapi bukan kehendak.


Jentera yang menyertai ride

Top up minyak dan perut...tak sempat bersarapan
11:30am..taknak buang masa, kami meneruskan perjalan sehingga susur Gambang-- > bandar Kuantan -- > pantai Gelora dengan mengambil masa hanya  satu jam setengah je..jalan hari ni memang best, walaupun cuaca panas..

Taman gelora, kalau time lunch camni, memang ramai dengan student-student..Student Ikip memang ramai datang makan kat sini, yang iras Neolofa pun ada..tapi dia bukan lah taste aku, aku prefer Jue Aziz lagi..haha.Ok off topic..nanti next ride tak dapat Visa pulak..

Order-order..perut dah lapar
Ni ler Rojak ayam Pantai gelora.


13:30pm—Lepak makan, pastu kami terus ke Medan Tok Sira..solat and rehat2 kejap, sebelum ke Tanjung Lumpur nak makan satar pulak..

14:30pm..kejap je masa rasanya kami kat Kuantan ni, ada masa Cuma dalam satu jam lagi..nak minum air kelapa sambil makan satar dan Celup tepung..Deside jam 15:30, kami dah nak balik Kl semula..Ride ni lebih kepada ride office hour je..untuk masing-masing lepaskan gian nak ride..at least ride..teringat masa dulu-dulu..ni ler kerja aku, ride semata-mata nak pergi makan je..dah la naik kapcai-syahdu kalau atas highway,dipintas motor berkuasa tinggi.

15:30pm..kesuntukan masa, kami pun meninggalkan Tanjung Lumpur, seorang Rider meneruskan perjalanan ke Terengganu atas urusan kerja.

18:30pm..kalau ikutkan target masa sampai KL, Cuma 3 jam setengah..tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan, sebiji motor telah mengalamai Overheated , dimana blok racingnya telah kembang, bunyi Piston ring yang amat kuat kedengaran, Lost power tak larat naik bukit..Disebabkan masa telah suntuk, aku menunda motor tersebut hingga ke Tol Gombak.dengan liku-liku dan bukit bukau Di Karak Highway..perghhh, setakat ni dah 2 kali aku tunda motor di Karak ni..first Bike SYM dan second Honda ni..Lepas ni aku nak buat kelas menunda pulak lah..dah tiba masa aku nak relax..

Uihhh..malasnya nak buat report, cukup la rasanya setakat ni..
Nak cerita bab Kos = Petrol + makan rm40..dengan Bajet ni, rasanya tak perlu cari Sponser..
Pesanan dari leader kapcai, bagi komitmen anda, kami akan usahakan segalanya.

" Small bike,Long Ride " 

Mohd Syafri Hj Shuib 


Ps : Kapcai memang menjimatkan, isi minyak seliter, KL - Kuantan - KL selamba je..( tapi minyak Engine la )

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...