NuffNang

Ahad, 2 Februari 2014

Bermotosikal di Medan, Indonesia

Salam,

Antara sedar dengan tidak, dah berapa lama aku tak berkongsi cerita kat blog nie. Memang tak aku nafikan, memang kebelakangan nie aku tak ada masa senggang langsung untuk menaip dan berkongsi cerita. Maklum laa selagi kerja makan gaji, nampaknya masa itu amat mencemburui kita. Agaknya kalau bisnes sendiri, macam mana laa agaknya ya? Banyak masa sendiri, ada masa untuk jalan jalan dan buat perkara yang kita gemari kott..

Dah lama sangat motor aku tak berjalan jauh. Rugi pulak rasanya bayar roadtax mahal mahal tapi tak bergerak. Nanti kalau bergerak, rugi pulak bunga tayar. Hahaha...Aku tengok sahabat sahabat yang lain, terutama yang bekerja sendiri ada masa ajer ride. Selalu ride ke luar negara. Bestnya...

InshaAllah, tahun nie aku mesti repeat satu ride yang boleh aku kongsikan pengalaman bersama. Aku nampak hasil nukilan sms dari ride rakan aku yang berpeluang menunggang di Medan, Indonesia. Sungguh menarik nampaknya. 

Dengan berbekalkan modal yang tak berapa mencengkam poket, kita boleh menyewa motor di sana sambil menunggang menyeberangi tasik Danau Toba, ataupun menghayati kecantikan air terjun, mahupun menghidu bauan debu gunung berapi, atau merasa kesejukan di Parapat.

Satu pengalaman yang bagi aku boleh dipertimbangkan selain dari ride di negara gajah putih. Sapa sapa yang pernah ride kat sana, mungkin boleh berkongsi pengalaman bersama di sini..










Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...