NuffNang

Isnin, 3 Februari 2014

Senawang - Muadzam Shah - Cherating - Tasik Kenyir - Gua Musang - Kuala Lipis - Senawang

Salam,

Bila ada kelapangan dan kesempatan bersiar siar bersama keluarga, aku bawak laa diaorang berjalan ke pantai timur. Bukannya tak pernah pergi pun, dah pernah sampai pun sebelum nie tapi rasanya macam dah tak der tempat lagi nak berjalan jalan.

Last last aku ajak diaorang ke Cherating. Tak plan pun nak ke Cherating, tapi memandangkan bertolak pun dah agak lewat sekitar pukul 2 petang, so sampai melewati Kuantan pun dah senja. Ambik lebuhraya pantai timur dan akhirnya melewati Cherating kira kira jam 8 malam.

Bila kita sampai dah malam di satu satu tempat tu, memang laa tak ada harapan nak pilih pilih tempat penginapan. Terutamanya yang budget. Kalau yang mahal tu mungkin senang nak cari. So bila nampak ajer papantanda tempat penginapan, apa lagi terus masuk dan tanya bilik laa.


Walaupun hari Sabtu, namun tak ada ramai sangat pengunjung sebab bukan musim cuti sekolah pun. Ada satu kumpulan daripada UITM Terengganu yang datang buat family day kat sini. Bilik yang lain masih ada kekosongan. Aku ambik bilik yang paling dekat dengan pantai.


Takder laa dekat sangat dengan pantai pun, tapi dengar jugak laa bunyi deruan ombak laut. Masa malam tu tak nampak apa pun. Gelap gelita. Tapi bila dah siang tu, baru nampak yang pantai berada jauh daripada tempat penginapan.

Pagi tu bila bangun tido, sempat laa aku bawak anak aku pergi mandi manda ala kadar kat pantai tu. Aku gerun sikit nak mandi kat laut nie, sebab nampak lautan yang saujana mata memandang tu.


Siap mandi manda, sempat laa pergi breakfast yang disediakan. Ada makanan pantai timur ala ala kampung gitu.



Ada juga cadangan nak mandi kolam, tapi bila tengok ramai sangat pengunjung tengah berendam, terus cancel.



Siap sahaja breakfasts,  aku checkout dan memulakan perjalanan balik yg tidak dirancang laluannya. Singgah dulu beli keropok di tepi jalan, buat kudapan dalam kereta. Bagi aku, keropok area sini boleh tahan jugak. Banyak rasa ikan dan tidak gatal. 


Dengan tiba tiba kemudian aku terpikir untuk melalui jalan yg dah lama aku impikan. Tasik Kenyir melalui Felda Aring. Jika selama ini aku hanya membaca pengalaman org lain sahaja. Kali ini kita mesti rasa sendiri.

Perjalanan dari Cherating menuju ke Tasik Kenyir mengambil masa kerana melalui jalan dalam yang membosankan. Namun kadang kala, merentasi perkampungan. Agak perlu berhati hati kerana risau mungkin akan ada yg akan melintas jalan.


Akhirnya aku sampai juga ke tasik kenyir. Perjalanan yang panjang ini boleh dikatakan agak membosankan kerana pemandangan dikiri kanan adalah pepohonan sawit dan juga pokok getah.

Perjalanan yg paling menarik pada aku ialah apabila kita mencuba untuk merentasi Tasik Kenyir yg akan membawa kita sehingga ke Felda Aring. Walaupun jalan yg agak teruk menyambut kita sebaik sampai dinegeri Kelantan, namun percayalah kita akan berpuas hati dengan pemandangan yg disajikan. Memukau pandangan mata.



Perjalanan yg memakan masa kira kira satu jam ini akan merentasi hutan dan sekali sekala melintasi pinggiran tasik Kenyir amat memukau pandangan. Namun nasihat dari aku, cuba elakkan dari melalui jalan ini berseorangan atau ketika hari menghampiri senja,  kerana khuatir jika berlaku sesuatu yg buruk ke atas kenderaan yg anda naiki.

Talian telefon agak mengampakan, begitu juga dengan kawasan kediaman atau kependudukan yg memang anda tak akan jumpa. Keadaan jalan memang terbaik,  cuma sesekali sahaja anda akan berjumpa dengan jalan yang berlubang atau tanah runtuh.



Pastikan juga minyak kereta anda mencukupi untuk membawa anda hingga ke Gua Musang. Kalau anda naik motor dan berasa sedikit was was, baik kiranya anda membawa sedikit bekalan dalam tong berasingan. Manalah tahu kalau kalau kekeringan bahan bakar pula nanti.



Namun anda harus sedikit bersabar sebaik memasuki Felda Aring kerana jalan mulai rosak dan tidak bertar. Namun sebelum sampai ke situ, anda boleh singgah di pusat pemuliharaan gajah yg terdapat di situ. Sesuai untuk anak anak atau bagi ibu bapanya juga.









Cubalah sekali, dan ceritakan pengalaman anda...pasti anda berpuas hati.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gambar2 sekitar Tsk Kenyir yang menarik..bagaimana jika anda berkayuh seorang diri dari Felda Ciku ke Tsk Kenyir sambil menikmati keindahan sekitaran. Pastikan bawa bekalan dan peralatan yg lengkap..jgn bebankan fikiran di mana nak solat, di mana nak tidur dan apa nak makan..pasti anda akan melalui pengalaman yg luar biasa...bunyi agak gila sikit...tapi cubalah..

Aku Budak Nerek berkata...

Saya teruja dengan saranan dari sahabat pembaca ini. Mungkin boleh tinggalkan pesanan atau jejak yg boleh saya hubungi. Boleh kita bertukar pengalaman...

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...