NuffNang

Selasa, 19 Julai 2011

12 Hours Seremban-Tasik Kenyir

Salam,

Aku kira pengalaman ride ini boleh diabadikan sebagai salah satu daripada ride yang amat memberi makna dalam arena permotoranku. Seringkali aku mengimpikan untuk memiliki superbike atau supertouring untuk membuat long journey dengan bermotosikal. Namun, dengan keinginan dan jatidiri (chewahh) yang kuat, aku merealisasikan ride ke Tasik kenyir ini tanpa semua jentera tu.

Mendapat support dari teman teman sepermotoran yang lain, sudah tentunya yang berada sealiran tempat kerja denganku. Ride yang dirancang sekian lamanya ini akhirnya mendapat sokongan dari 5 teman lain, Hazimin yang menunggang bersama wifenya, Yusof dengan wifenya dan juga Shamsuri aka Pak Do berseorangan. Sementara aku sudah tentu akan ride bersama girlfriend yang sentiasa memberikan sokongan setiap kali ride yang aku sertai.

Kami memilih untuk start ride pada malam Selasa, kerana kebetulan off day kami keesokan harinya. Petang Selasa tersebut, dengan hati berkobar kobar dan semangat yang tak hingat, kami pulang kerumah awal dari biasa. Kesempatan beberapa jam sebelum bertolak membolehkan kami membuat persiapan akhir terhadap motor dan juga mengemas barang sekadarnya. Syukur cuaca masih baik pada sebelah petang dan berharap agar cuaca ini maintain hingga ke malamnya. Bagaimanapun, waktu waktu yang tinggal beberapa ketika sebelum bertolak ini, tak dapat digunakan sepenuhnya untuk berehat mahupun melelapkan mata. Mungkin semangat untuk berjalan sudah melampaui segalanya.

Tepat pada jam 11 malam, kami semua telah berkumpul di Shell Senawang Jaya. Semua ahli dari senawang dah ada disana kecuali Pak Do yang terpaksa mengambil masa kerana beliau bertolak daripada Batu Pahat. Tak lama kemudian, kelihatan Pak Do yang sampai dengan motor LC barunya, yang nasib baik dah habis pantang. jadi ride kami malam itu terdiri dari 2 buah Elegan, sebuah TZM dan sebuah LC. Okay korum dah cukup, refueling sepenuhnya dan baca doa. mengharapkan agar permulaan yang baik dan juga pengakhiran yang sempurna.

Memulakan ride ke Tasik kenyir dengan menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan hingga ke Sungai besi. Laluan biasa yang masih agak sibuk walaupun jam dah menunjukkan 11.30 malam. Sengaja kami memilih untuk menggunakan laluan ini, walaupun kami akan lebih menjimatkan masa sekiranya menggunakan laluan Senawang-Bahau-Muadzam-Kuantan. Namun memandangkan kami bertolak lewat malam, dan ketiadaan stesen petrol yang beroperasi 24 jam menyebabkan kami memilih laluan ini yang pastinya lebih selamat. Membelok ke exit Cheras-Kuantan dan menggunakan laluan MRR 2 hingga ke Gombak. Jam dah menunjukkan 12 tengah malam. Berhenti untuk refueling kali pertamanya di Stesen Petronas area Taman Melati, kerana Pak Do begitu tidak konfident dengan tangki minyak motornya sendiri.

Perjalanan diteruskan menggunakan laluan lebuhraya Karak. Agak sunyi dan gelap, kami hanya bertemu dengan lori lori besar yang menuju ke Pantai timur semenanjung. Kami terpaksa lebih berhati hati melayan selekoh selekoh pada waktu tengah malam begini, kerana suluhan lampu daripada Elegan nie memang menyakitkan hati. Aku terpaksa bergantung harap dengan suluhan lampu daripada TZM dan juga LC. tak seperti sekarang bilamana Lebuhraya Karak nie dilimpahi dengan sinaran lampu jalan bewarna putih.

Cuaca telah bertukar agak sejuk bilamana kami melepasi waktu 1 pagi. Kadangkala kami terpaksa menempuhi kabus kabus putih dipertengahan jalan yang pastinya akan lebih memberikan kesejukan. Namun kebaikan berjalan malam bilamana suhu motor dapat distabilkan, dan tidak panas berbanding menggunakan jalanan siang. Kami berhenti untuk refueling kali kedua di Shell R&R Temerloh. Rasa mengantuk dan mata seakan akan berpasir. Berhenti mengisi minyak disini dan sebelum itu mengambil kesempatan untuk melelapkan mata seminit dua. Pada waktu ini, jam dah menunjukkan ke pukul 2 pagi. Kami yang agak mengantuk mengambil keputusan untuk makan dan minum sebelum meneruskan perjalanan. Sempat kami makan nasi lemak dan juga air kopi sebagai pengalas perut.
Kelihatan wajah penat dan mengantuk, kesejukan melayan angin malam


Usop ushar kehebatan motor Pak Do

Selesai manjamu selera ala kadar pagi tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan melalui Lebuhraya LPT yang lebih sunyi ini. Kesejukan pagi mula menjamah tubuh. Pillion masing masing memang dah nyenyak tidur. Nasib baik jugak naik Elegan, posisi duduk bagi penunggang dan pillion sangat selesa. Agak kesian tengok Usop dan wife yang naik TZM, memang nyata tak berapa selesa. Menelusuri laluan Lebuhraya Pantai timur ini hingga kami tiba di penghujungnya, keluar di Cherating. Namun sebelum itu kami berhenti untuk mengisi minyak di R&R Kuantan kalau tak silap. Kami terpaksa mengejutkan pekerja stesen minyak itu yang sedang tidur di bawah meja. Bahaya betul, nasib baik kami yang kejutkan untuk isi minyak, kalau dikejutkan oleh perompak bersenjata tak ker naya?



Kami terpaksa menunggu stesen minyak Petronas di Cherating itu dibuka terlebih dahulu kerana kami sampai agak awal. Stesen itu dibuka jam 6 pagi, sedangkan kami sampai dalam pukul 5.30 pagi. Dapat jugak kami merehatkan badan sementara menunggu stesen ini di buka. Jam 6 pagi, memang stesen nie dibuka dan kami refueling sepenuhnya. Kami bergerak terus ke pekan Chukai dimana kemudiannya kami berhenti dimasjid Pekan Chukai untuk bersolat Subuh dan menumpang mandi. Memang aku ambik kesempatan untuk mandi dan menyegarkan badan. Ambik masa yang agak lama disini. Berhenti rehat disamping menregangkan badan.

Hazimin dan wife

Yusof dan wife

Shamsuri aka Pak Do

Aku dan wife

Selesai dengan semua pekerjaan persiapan di masjid tu, kami bertolak semula. Melayan jalan persekutuan bersaing dengan penduduk tempatan yang ingin ke tempat kerja memang satu perkara yang tak menyeronokkan. Lebih lebih lagi dengan badan  yang penat dan juga mata yang mengantuk. Tiba tiba Pak Do dengan tak semena mena meluru masuk ke simpang sebelah kiri. Kami yang tergelabah lantas mengikutnya. Rupa rupanya Pak Do telah terpandang satu kedai tepi jalan. Sedang kami terfikir fikir kat mana nak berhenti sarapan, rupa rupanya Pak Do lebih awal lagi membuat keputusan. Okat jugak kedai ni, kedai kampung tapi memang ramai pengunjungnya. Aku bersarapan pagi dengan pekena nasik minyak dan nasik dagang. Ada yang makan laksam dan tak kurang juga roti canai.

Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan melintasi pekan Kerteh yang terkenal dengan loji loji gas dan minyak disepanjang jalan tu. Memang cantik dan mempersonakan. Sampai di Pekan Kerteh, kami disajikan pulak dengan upacara membuat jalan, jadi kami terpaksa membelok belok mengikut signboard. Adoyaii, mata memang dah tahap mengantuk giler nie. Lagi lagi silau bila terkena cahaya matahari. Kami berhenti refueling sekali lagi di Petronas Pekan Dungun kalau tak silap. Waktu nie aku dah start minum Red Bull dan makan asam masin.

Selepas dari mengisi minyak kat situ, kami membelok ke sebelah kiri mengambil laluan Jerangau Jabor untuk ke Hulu Terengganu. Melalui jalan nie pun agak membahayakan, bila terlalu banyak lori pasir dan tanah yang berkongsi menggunakan laluan yang sama. Kami meneruskan perjalanan dan maintain kelajuan 100-110km bila laluan agak clear. Sampai di satu tempat yang saya tak pasti namanya, refueling sekali lagi. Jalan lagi kehadapan dan berjumpa dengan signboard menunjukkan Tasik Kenyir Golf  Resort. Tapi jauh lagi sebenarnya. Kami membelok masuk ke kiri dan meneruskan perjalanan melalui kebun kelapa sawit. Sebelum nie pun Usop dah banyak kali tanya bila nak sampai? Start dari Temerloh dah tanya bila nak sampai.. Hahaha, jauh lagi Usop. 

Akhirnya kami sampai ke Pekan Kuala Berang. Kami berhenti sekali lagi untuk refueling kali yang terakhir sebelum sampai ke tasik Kenyir. Hazimin mengambil kesempatan untuk menyelesaikan halnya dengan meminjam mesin fax dari stesen tersebut. Jam dan menunjukkan pukul 11 pagi. Bermakna sedar tak sedar, kami dah 12 jam diatas motor. Maklumlah motor kecik, memang pelan pelan kayuh.

Dari pekan Kuala Berang, kami menelusuri jalan kampung dan melewati selekoh selekoh di hutan kelapa sawit. Dikiri kanan terdapat rumah rumah penduduk kampung disepanjang Hulu Terengganu itu. Akhirnya kami sampai di Pengkalan Gawi dengan seribu keceriaan dan kegembiraan terpancar di wajah masing masing. Kami mencari cari kat mana nak tidur malam tu. Ambik keputusan untuk ke Tasik kenyir Golf Resort. Okay, tanya harga bilik dulu. berbincang dan akhirnya kata sepakat dicapai. tak setuju dan cari resort lain. Okay, kami kembali ke Pengkalan Gawi dan tanya kaunter pertanyaan kat situ. No problem, dia orang nie sentiasa akan membantu kita. Kami dapat satu nombor telefon dan arrange untuk penginapan atau pulau. Wow, syok jugak resort nie. Dengan harga yang tak berapa membebankan.

Untuk pengetahuan korang, keluasan Tasik kenyir nie seluas negara Singapura tau. Memang luas dan besar. Dan pastinya sangat cantik dan mempersonakan. Kami bertanya kat brader Resort tu, kat mana selamat untuk parking motor. Dia menyarankan agar kami parking motor kat Balai Polis marin yang betul betul terletak kat jeti tu. Mintak kebenaran dan abang Polis tu, dan parking kat situ. Lock elok elok dan tinggalkan dengan perasaan yakin. kang tak pasal pulak kena balik naik bas. Mengambil bot untuk ke resort satu pengalaman yang best. Saksikan gambiran gambiran yang sempat diambil sewaktu naik bot nie. Walaupun tak lama, dalam 5-10 minit jer kot..tapi best.

Meninggalkan pengkalan Gawi untuk ke resort










Akhirnya kami sampai ke pulau di mana resort kami berada. Cantik kawasan nie. Tasik Kenyir nie memang mempunyai banyak pulau pulau kecil, sebab dulunya pulau pulau nie adalah puncak puncak bukit yang telah diempangkan. Jadi, puncak bukit itu akan membentuk pulau pulau kecik.
Resort yang kami duduki, Sebenarnya kami duduk di chalet, tak ada aircond, cuma ada kipas dan katil jer. Okaylah, ada tempat untuk bermalam dan berehat. Yang paling tak dapat dilupakan adalah air paipnya, pressure cukup kuat hingga mampu menyakitkan kepala anda..hahaha.

Berehat seketika sementara menunggu check in. Tak ada orang pun sebenarnya waktu kami sampai tu. maklumlah bukan musim cuti persekolahan. Dan waktu malamnya memang sunyi dan sepi.
Dapat jer kunci, masing masing terus ke chalet masing masing. Mesti nak mandi dan segarkan badan. Lepas tu akan turun semula ke lobby untuk makan tengahhari. Makan tengahhari adalah alakad..(alakadar jeer)..


Bergambar di depan chalet masing masing.




Makan tengahhari, kalau dah lapar tu..makanlah apa sahaja..semuanya mesti rasa sedap. Tengok Usop makan dengan bersemangat sekali. tengahhari tu kami makan nasik goreng. Tak ada nasik campur bro..



Lepas makan kami terus bergerak menuju ke bilik masing masing. Untuk lena sejam dua. Petang tu kami plan nak naik bot dan pusing pulau, nak tengok pucuk balak, nak tengok tempat ikan dan macam macam lagi lah..





Masalahnya bila petang tu, aku bangun tidur dan tengok kat luar hujan renyai renyai. Diaorang nie pun tak bangun lagi. memnag layan bantal betul leer diaorang nie. So terpaksa cancellah plan petang tu jawabnya, dan aku ngan girlfriend ambik kesempatan pusing pulau nie jer lah..




Pemandangan chalet yang mahal sikit, ada aircond. Betul betul tepi tasik.



Kawasan persekitaran chalet, cantik kan? Dulunya mungkin ada sungai yang mengalir didepan chalet tu. Ada kesan seperti jeram sungai. tapi kini dah kering dah.
Malam tu kami turun untuk makan malam di tempat yang sama. Sebab tak ada tempat lain lagi dah. Lepak lepak kat lobi, Pak Do bawak keluar pancing dia dari dalam beg. Dari waktu inilah Shamsuri dapat nama Pak Do dari Hazimin, (sempena nama Doraemon). Macam macam ada dalam poket bag dia. Dan niat shamsuri nak main PS2 dalam bilik terkantoi, sebab bilik kami tak ada TV. Buat berat jer lah ko bawak PS tu dalam beg Sham.. Malam tu selepas memancing, kami balik bilik tidur awal. Seekor ikan pun tak sangkut kat mata kail tu, mungkin sebab ikan kat sini tak makan umpan roti kot..hahaha. Kami perlu tidur lena malam nie dan mendapat rehat yang secukupnya sebab esok kami akan berangkat pulang..
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...