NuffNang

Sabtu, 23 Julai 2011

Pandainya budak Tadika sekarang nie..

Pagi tadi aku berkesempatan untuk menghadiri Hari Sukan dan Keluarga Tadika Vista Ceria tempat anak aku bersekolah. Rupa rupanya zaman sekarang nie dah banyak benar berbezanya dengan zaman tadika aku masa kecik kecik dulu. Sekarang budak umur 3 tahun dah masuk ke sekolah tadika dan belajar. Anak aku 4 tahun, rupanya da lagi yang lebih muda dari dia dah mula belajar.

Bila zaman sekarang macam nie, maknanya budak budak sekarang akan lebih pandai. Tambah lagi dengan minum susu yang memang mahal regernya. Jadi persaingan untuk diaorang akan bertambah sengit nanti. Kita terpaksa memastikan anak kita tak ketinggalan dengan arus peredaran masa. Umur 4 tahun dah pandai cakap bahasa Inggeris. Aku dulu, umur 4 tahun tengah syok main. Mana ada fikir pasal sekolah. Bila umur aku dah 6 tahun, mak hantar gi sekolah waktu pagi. Sejam lepas mak balik, aku dah sampai rumah semula dah..hahaha, cabut lari dari sekolah leer tu.

Aku tengok silibus diaorang belajar pun dah lain. Umur 4 tahun belajar guna komputer. Wah, memang jauh aku ketinggalan rupanya. Sekolah pulak setiap tengah tahun ada sambutan Family Day and Sport Day. Hujung tahun ada majlis graduasi dan konsert. Memang seronok tengok budak budak kecil bila diaorang performed. Cute sangat. Yang menangis pun ada, takutkan clown. Kita akan terhibur tengok gelagat diaorang nie, lebih lebih lagi yang berumur 3-4 tahun. Tapi baguslah, belajar pandai pandai. Nanti dah besar, ingat jasa mak dan bapak. Jadilah insan yang berguna, memperjuangkan bangsa, ugama dan negara.












Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...