NuffNang

Khamis, 28 Julai 2011

Korang suka makan tak?

Bagi aku, aku suka mencari makanan yang sedap sedap dan famous setiap kali aku berjalan. Tak kira samaada aku naik motor atau kereta. Pasti disamping aku melayari pemandangan menarik di kiri dan kanan jalan, pasti aku akan mencari makanan yang famous di satu satu kawasan tu. Dari mana sumbernya? Pastilah dari buah mulut rakan rakan, atau dari blog blog teman teman, atau dari website yang berkaitan.

Nie aku makan nasik kandaq Kudu, kat TAR. Tak bley nak compare dengan Line Clear atau Nasik Beratoq (my personal opinion lah), tapi masih punyai citarasa yang agak bertepatan.


Mee udang Kuala Sepetang. Banyak kedai sangat dah la nie, so korang pilih lah kedai mana yang korang rasa best dan menepati selera engkorang nak makan. Bagi aku, aku prefer kuah sup cam nie, tak payah nak tumis. Nie resepi dari Mak Teh Mee Banjir Udang first first masa dia belum masuk Majalah Tiga tu. Sekarang resepi dia dah lain, bertumis.

Laksa Teluk Kechai. Laksa nie paling famous kat Kuala Kedah. Engkorang boleh cuba. Memang ramai lah yang makan kat sini kalau petang petang tu. Penuh parking kereta kat tepi jalan tu. Okay jugak, tapi aku prefer laksa yang wife aku masak lagi..hehehe.

Kari kepala ikan kat Line Clear Penang. Kat sini bagi aku boleh tahan lah nasik kandaq dia. Pasai famous kot. Lagipun aku pertama kali makan nasik kandaq kat sini. Member aku Naseq ngan Mamu budak Penang yang perkenai kat aku. So aku rasa best lah. Aku suka ambik teloq sotong, daging hitam, bendir dan jugak kuah banjir..Hahaha. 

Nasi Briyani Md Shah, Batu Pahat. Nasik briyani nie memang famous. Nasik briyani gam nie lain sikit daripada nasik briyani mamak. So hangpa tak leh nak compare nasik nie dengan nasik briyani mamak. Nasik briyani Gam nie hangpa boleh pilih nak makan dengan kari ayam atau kambing. Dan kuah dhal dia hangpa kena self service. Ambik sendiri.

Banyak lagi laa, nanti aku carik gambar tu dan aku upload.

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...