NuffNang

Ahad, 17 Julai 2011

Jalan lama Bentong-Kuala Lumpur

Semalam sewaktu nak balik, saya memilih untuk melalui jalan lama Temerloh-Karak-Bentong-KL. Sebenarnya nak ushar jalan penggambaran filem Karak oleh KRU tu. Maklumlah cerita cerita seram dalam filem Karak tu memang popular sewaktu saya masih kecil lagi. Tapi bila berpeluang menonton filem Karak tu, tak terfikir pulak saya ada jalan atau pemandangan yang sama dalam cerita tu dengan realiti. Sepanjang perjalanan, saya dapati hanya Pekan Karak tu jeer sinonim dan sama dengan dalam filem tu. Mungkin tempat tempat lain tu dishoot dikawasan lain kot. Walau bagaimanapun, tahniah buat KRU kerana berjaya menghidupkan kembali nostalgia cerita seram zaman saya kecik kecik dulu.

Memilih laluan lama Bentong-Kl memang menarik. lebih lebih lagi kami melalui kawasan tu dalam jam 6.30 petang. Agak sunyi jalan lama nie, yang ada hanyalah sebijk dua lori dan kereta yang jarang jarang kelihatan. Kiri kanan adalah hutan yang menghijau. namun jika kita memilih untuk ke KL dari bentong, kita akan melalui kolam air panas semulajadi. So saya fikir, ini salah satu tempat menarik yang patut dilawati andainya anda ke daerah Bentong. Jalanan ini disebelah kirinya adalah sungai yang berjeram dan cantik. Memang best kalau lalu waktu tengahhari, namun agak sunyi kalau lalu waktu petang dan senja.
Jalan nie mengimbau kembali kenangan waktu saya budak budak dulu. Biasanya kalau kami sekeluarga nak Kuala Lumpur dari Temerloh, memang jalan nie lah yang kami lalu. Naik bas dari Temerloh, memang confirm ada yang muntah. Siapkan plastik jeer laa. Masa tu mana ada highway lagi. So jalan nie memang sibuk leer masa tu. Cuba anda bayangkan jalan tu andainya waktu raya atau cuti perayaan. mesti sibuk dan jammed. Jalan nie lebih kurang kalau nak digambarkan sama seperti jalan Tapah-Cameron highland tu. Berliku dan penuh dengan selekoh pendek.

Dipertengahan jalan, anda akan melalui satu simpang ke bukit Tinggi, dan satu jalan lagi menghala ke Janda Baik. Andainya anda memilih melalui jalan ke Janda Baik, anda akan bertemu dengan roundabout menghala ke Genting highland tu .(area genting Sempah). Saya tak lalu jalan ke Bukit Tinggi, so saya tak dapat nak komen macammana jalan ke sana tu. Akhirnya, waktu saya sampai kat area Genting Sempah tu, jam dah menunjukkan 7.10 ptg. So saya decide untuk keluar kat sini dan ambik highway Karak semula hingga ke KL. Lebih selamat. Mungkin lain kali saya akan meneroka jalan nie dengan bermotosikal. Bukannya apa, saya takut kalau kereta breakdown atau apa apa musibah ker, jalan dah leer sempit dan sunyi..tak ker seram? Kesimpulannya, jalan nie still best dan diselenggara lagi. Dan saya dengar cerita jalan nie still dilalui ketika musim perayaan, bilamana pengguna highway yang nak ke Kelantan dan pantai timur akan guna jalan nie untuk mengelak kesesakan teruk di Karak highway!Anda akan berjumpa dengan air terjun nie..memang terbaek!

Anda juga akan bertemu dengan kawasan penanaman sayur. Mungkin kat sini leer diaorang tanam halia Bentong tu kott..



Jalan lama yang masih diselenggara dengan baik.

Highway Karak-KL dari pandangan jalan lama..

9 ulasan:

Unknown berkata...

wah jln nie macam cerita KARAKlah...ada unsur2 suspen sikit kot..

Aku Budak Nerek berkata...

Yup..jalan memang sunyi dan terbaik nak meratah corner pendek..hahaha

Unknown berkata...

sy bru je lalu mlm td.. takut.. cz xpernah lalu.. hehe

Aku Budak Nerek berkata...

Nurul..hebat jugak berani lalu malam kat situ. Saya lalu waktu senja, terasa jugak kengeriannya. Risau kalau kenderaan rosak jer di malam hari. Sapa nak tolong agaknya?..

Unknown berkata...

sy pun takut tp sbb xnak terlibat ngan jem lalu la.. first time lalu jalan tu.. lps ni xnak dah..

Tanpa Nama berkata...

Dis 1973 saya pernah lalui jalan ini dari Bentong ke KL (hitchhiking-tumpang kereta seorang pakcik) di waktu malam. Ingatkan jalan ni dah ditutup..masih elok lagi rupanya. Bagaimana kalau cycle-touring berseorangan ikut laluan ini..

Aku Budak Nerek berkata...

1973-2014...Memang menggamit kenangan tu. Saya pun belum lahir lagi waktu tu..
Bagi saya jalan nie best...tenang dan sangat aman. Namun disebabkan kehidupan kita yang banyak sangat dimomokkan dengan cerita hantu melayu...membuatkan kita terlupa bahawa tuhan menciptakan alam ini dengan seribu keindahan untuk kita terokai.
Bila tu nak layan touring bike ikut sini?...Saya nak join...

Unknown berkata...

Sy ituhari otw o k.l pernah lalu jln nie..mak oii,,memang sunyi seram giler la..waktu tuh pukul11 mlm..ikut waze punya pasal,,celaka btul...allhamdulillah,,kereta xdok wt problem la..taubat lepasni xnk lalu dh jalan nie..mcm menempah maut je lalu jalan nie..

Tanpa Nama berkata...

Hari tu sy lalu jalan ni..
Dr kuantan - kuala gandah - lemang tok ki - genting higland (lalu jalan ni sbb tk nk lalu tol)
Masa tu pkul 12 camtu so mmg best la ada sungai kt kiri jalan, jumpa sekumpulan org berbasikal, but jalan tu mmg sepi, ada bbrp kereta je.. Tu pun diorang stop dkt hot spring resort.
Sampai je genting terus ckp kt husb, jangan pernah lalu jalan tu lagi tau.. Seram semacam ��

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...