NuffNang

Jumaat, 15 Julai 2011

Jambatan Kedua Tertinggi-Bukit Putus


Pagi tadi saya berpeluang menelurusi jalan Bukit Putus semula. Pengalaman semalam melihat rombongan beruk di atas jalan membuatkan saya teruja untuk mengkaji semula mengapa fenomena begini terjadi..chewahh. Kesempatan pagi ini digunakan sepenuhnya untuk melalui semula jalan tersebut. Namun kali ini dengan motosikal, kerana saya ingin membeli ayam salai yang memang terkenal di daerah Kuala Pilah tu.

Pagi nie jalan tersebut memang lengang. Saya berpendapat jalan nie memang sesuai kalau sesiapa nak training drift atau layan korner kot. Dan sememangnya jalan nie seringkali digunakan oleh para drifter untuk aktiviti mereka pada hujung minggu. Jalan masih okay, diselenggara. Cuma perlu berhati hati sedikit oleh ancaman ranting ranting kayu yang berada di tepi jalan. Sewaktu saya melalui jalan tu pagi nie, buah durian muda bergolek atas jalan. nie tak lain tak bukan, mesti kerja si beruk tu.

Dengan keadaan pagi yang nyaman, melalui jalan lama Bukit Putus nie memang mengujakan. Lebih lebih lagi di kala awal pagi, di mana kita akan dapat merasakan embun dan bau hutan yang amat menyamankan. Namun menurut cerita ketika belum wujudnya jalan baru, laluan ini memang mengerikan sekiranya kita melaluinya di waktu malam. Lebih lebih lagi dengan bermotosikal. Saya pernah menonton rancangan 360 mengenai jalan jalan berpenunggu, dan jalan ini telah dilabelkan sebagai jalan yang keras dan berpenunggu. Betul atau tidak, wallahualam. Seringkali penunggang motosikal akan merasakan yang motor mereka berasa berat seolah olah ditumpangi seseorang walaupun mereka naik seorang sahaja motor tersebut. Namun sekarang, semuanya dah tinggal kenangan setelah jalan baru siap.Ketika melaului jalan pulang, saya terperasan satu papantanda di tepi jalan baru itu. Mungkin ramai yang berulang alik melalui jalan itu perasan dengan papantanda yang menunjukkan 'anda sedang melaui jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Wah, nampaknya tak mudah juga kerja pembinaan jalan nie. Namun saya tak dapat pastikan jambatan yang paling tinggi di Malaysia berada di negeri mana.


Saya pasti ramai yang membaca signboard tersebut, tapi tak tahu dan tak pernah tengok bagaimana tingginya tiang jambatan tersebut. Di sini saya paparkan tiang jambatan tu yang diambil dari sudut tepi. Memang tinggi dan menggayatkan..hahaha.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...