NuffNang

Ahad, 17 Julai 2011

Moh ke Lubuk Yu

Semalam saya balik kampung. Sajer balik sebelum bulan puasa nie. Nanti bulan puasa dah tak ada masa nak balik. So bila dah sampai kat kampung, dapat satu berita yang ada kayuhan "Moh Kayuh ke Lubuk Yu". Moh tu kalau dalam bahasa Pahang nie bermaksud jom leer. Lubuk Yu nie sebenarnya adalah satu daripada destinasi pelancongan ket area Maran nie. Selain Air Terjun Teladas, Lubuk Yu nie semakin dipromosikan kepada pelancong tempatan dan luar. So lebih kurang, nak dikomersialkan semula tempat nie selepas tragedi yang berlaku di sana beberapa ketika yang lalu. Tapi saya bukan nak bercerita tentang Lubuk yu nie sebenarnya. Saya nak bercerita tentang semangat kayuhan mereka nie.

Rupa-rupanya kayuhan nie memang dibuka untuk penyertaan mountain bike, roadbike dan juga fixie. Sebab tu memulanya saya agak terperanjat bila melihat ada basikal fixie yang join. Fuh, memang hati kental geng geng nie. Terbaekk!!Jalan yang dilalui adalah jalan bertar. Bermula dari Tasik Maran hingga ke Lubuk yu. Jarak kayuhan adalah dalam 30km. Mereka akan berkayuh melalui jalan raya utama hingga akhirnya melalui jalan kampung yang maha indahnya. Melalui kuil Marathandavar yang terkenal tu, perkampungan orang asli, ladang sawit, kebun durian dan macam macam lagi lah. dari sebesar besar jalan, hinggalah kepada sekecil jalan.

Saya yang sampai melalui jalan Temerloh -Maran terpaksa follow rombongan nie start dari Jalan masuk. Syok tengok semangat diaorang berkayuh. Ada budak perempuan, budak kecil, veteran pun ada. Semangat cam nie yang best kita tengok dalam setiap jamboree. Saya pulak dapat tahu lambat, kalau tak, dapat juga angkut beskal dan join. Adoii, rugi tuu. Layan gambiran yang berjaya ditangkap. Lihat betapa jammednya jalan.Nie pulak gambar masa dia orang kat checkpoint..

Semangat kayuhan, kebanyakan basikal Merrida dan Giant..
Mendapat liputan dari Sinar harian..
Kuil Marathandavar yang terkenal di Malaysia..terletak di daerah Maran.
Kayuhan berpasangan, dapat memupuk semangat kekeluargaan..

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...