NuffNang

Khamis, 21 Julai 2011

KL - Sg Koyan - Cameron Highland Ride

Antara peserta ride kali ini
Untuk makluman semua, Ride kali ini telah melibatkan seramai 7org dan 7 buah motor cubcai. Ok saya mulakan bahagian yg pertama iaitu pada pagi khamis 02.06.11, pada jam 6.30 pagi..Kringgg kringg, dalam hati aku, sapa pulak yang telepon pagi2 ni..tengok pada screen telepon tak keluar nama, mungkin ada nama yang aku tak sempat set kot..hello, hah, ko rupanya Nazri..bla..bla ..bla sikit2 sembang..dia pun setuju nak jumpa di BHP karak..aku pun teruskan preparation nak ride pagi ni..dah siap semua, aku pun buka pintu, tengok cuaca pagi ni cantik, kalau hujan pun aku tetap redah jugak..sebabnya “"tak bikers la kalau takut hujan, kalau takut kene hujan jgn jadi bikers"

Tepat jam 07:30 aku bergerak ke BHP Karak dengan motor yang tengah sedap..padan la dengan 97cc..sampai je di BHP tu, pusing2 sikit terus nampak Nazri dah terpacak tunggu kawan2 yang lain..tapi yang lain2 masih tak nampak muka…aku tengok jam Hp masih awal lagi..baru 07:45..sembang jap ngan Nazri pasal dunia ahkir zaman..tak lama lepas tu , muncul team kedua iaitu geng2 tido opis..masa ni dah dekat pukul 8 pagi..ingatkan semua dah sampai, rupanya masih ada lagi sorang tak cukup..takpelah sepakat tunggu madi, mungkin dia pun dah dalam perjalanan kesini.masa dok tunggu madi sampai, biasa la hafez tukang arrange susun motor nak bergambar..ambik gambar 2, 3 keping..tak lama lepas tu madi pun sampai tersengih sengih..tengok jam dah pukul 08:15..yang lain2 pulak dah start panas enjin, pakai glove dan buat apa yang patut..tepat jam 08:30 kami pun bergerak sebab dah lewat sikit..plan awal pukul 8..

Part 2, aku dan hafez seperti biasa leading group masuk highway, kalau tak buat camni..yang lain2 tu masih kunyah2 kacang, minum air kotak la..bila dah kena tinggal baru la kelam kabut..Aku , Hafez, Nizam, Zul an radzi..masing2 dgn kelajuan 100km/j dan kadang2 110km/j, semua peserta telah berjaya mengikuti kelajuan yg di tetapkan..dalam sedap 2 speed tu aku toleh2 jugak side mirror, kot2 ada yang tertinggal..huh, mmg sah, tak cukup 2 orang, aku pun toleh dan Tanya Nizam..so , Nizam bagi hint minta TUNGGU..kami semua berenti tepi Highway tu..aku suspek Nazri tunggu madi sebab slow sangat, dalam kepala aku tak mungkin madi tunggu Nazri, sebab Nazri bawak Lagenda..lagenda ni kena cara bawak wave 125 pun boleh tapau.. dalam 5 minit, 2 orang tu sampai, kami pun tak banyak soal, teruskan perjalanan , ..jalan karak ni mmg aku dah biasa, balik kampung pun mmg ikut sini, so ada part2 corner mmg peberet aku terutama sebelum sampai ke susur Bukit tinggi tu..

Masa dah nak sampai kat corner tu cuma nampak hafez dah leading, keadaan jalan amat lengang..aku pun full throttle, masuk corner belah dalam,,dalam masa yang sama, si Hafez tiba2 himpit aku, uikk..aku jadi gelabah, kenapa plak si hafez ni..nasib la masih ada ruang lagi, aku pun turun kaki ( macam rossi la konon ) bagi lepas corner tu..huhh Selamat..kami pun teruskan perjalanan hingga ke Tol Bentong, tunggu geng2 yang tertinggal..taku juga, nanti ada yang tak perasan susur bentong tu..satu hal lagi nak kena kejar.. Aku , Hafez, Nizam, Zul an radzi lama jugak tunggu Nazri dan Madi ni..nak jugak tahu, apa masalah sampai depa ni kena tinggal jauh..tak lama lepas tu muncul depa 2 orang..madi pun cerita la, Motor Nazri tak boleh laju..tapi, dia tetap tunggu Nazri takut tercicir jauh ( semangat kawan- Syabas ) ok lah, mungkin tak biasa lagi kot keadaan konvoi..Hafez bagi tau Nazri, kalau rasa tak boleh blah, cucuk angin je..baru la tak kena tinggal jauh sangat.

Part 3, bentong ke sungai Koyan , jalan ni, jalan dalam..kemungkinan banyak kereta di sesetengah tempat..memang betul pun, keadaan agak sesak sikit terutama di pekan bentong, ketika melalui jalan ini, kami perlahan dgn kelajuan dalam 60km/j ,,masa ni Group kami telah menunjukkan disiplin tinggi ( Syabas ).Lepas je sikit dari pekan Bentong, group dah mula berpecah semula..mungkin boring kot lama sangat bawak slow, masa ni la boleh nampak Team Yamaha tunjuk taringnya..nasib la aku dapat cucuk angin wave, takde la tinggal jauh sangat..masa ni jugalah kelibat Madi dan Nazri tidak kelihatan, mungkin dah kena tinggal jauh agaknya..jalan kawasan ni banyak juga mendaki, geng2 cc125 keatas, mmg best la naik bukit turun bukit..power cukup la katakan..Aku jugak yang termengah mengah dan drop gear bagi tak kena tinggal jauh sangat.

Perjalanan kami berlima diteruskan hingga jumpa Pekan Raub, banyak juga kampung dah kami lalui , kampung Kuala Repas, kampung kerungtung, kampung asap dan beberapa felda..Route ni tak ubah macam laluan di jengka pahang, dikelilingi pokok sawit dan getah..kami telah tiba di raub,dan berhenti di persimpangan Jalan Cheroh, untuk tunggu madi dan Nazri..masa ni masing2 sibuk dengan minyak, takut tak cukup..Hafez pun bagi tau, kita akan berenti topup minyak di stesen terdekat sebelum memulakan perjalanan ke Sungai Koyan dalam lingkungan 50km lagi dari pekan Raub..

Masa ni sempat juga si hafez snap picture 2-3 keping nak buat akenangan di pekan Raub, tak lama menunggu , lebih kurang 10 minit, kelibat Nazri dan madi tiba, diaorang bagi tau, dah berenti isi minyak , sebab minyak lagenda dah kering..kami bertujuh pun mulakan perjalanan semula , untuk cari stesen minyak terdekat..kami berhenti di stesen minyak caltex, topup minyak lebih kurang rm5..tak kuat juga lah minyak dari karak ke raub.Setelah semua selesai Top-up minyak, kami meneruskan perjalanan dalam satu group untuk ke Sungai Koyan, aku ada pesan, sesapa nak gambar atas motor, minta follow aku kat belakang..sebab anytime aku akan snap best picture..masa ni juga masing2 slow je, pantang nampak aku keluar camera, mesti nak duduk belakang..ada lah sorang mamat tu..mana ada camera, mesti ada dia.hehe.

Tengah syok pulas throttle, kelihatan satu sekatan jalan oleh JPJ, kami tak takut sebab semua lengkap..kami diminta berenti untuk pemeriksaan, bapak JPJ minta keluarkan Lesen, Ic dan Roadtax, sambil2 tu ada juga dia Tanya, nak naik Cameron ke, sempat lagi dengan peril, kalau dengan superbike, mmg best la lalu jalan tu..kami senyum je, aku cuak jugak, takut2 dia periksa jantung motor aku ni, sah2 kena tahan sebab ubahsuai..nasib la pak JPJ ni tak serius sangat..kami dilepaskan setelah rutin pemeriksaan selesai, Pak JPj bagi tahu, apabila jumpa balai Polis di pekan sungai Koyan tu nanti, belok kekiri..jalan tu akan ke Pos betau, dimana laluan berbukit untuk ke Ringlet…Perjalan kami diteruskan sehingga jumpa satu pekan, dalam hati aku, mmg sah kot, pekan ni pekan Sungai Koyan..tapi aku tak perasan balai Polis sebelah kiri, itu yang membuatkan kami tak masuk simpang ke Pos Betau tu..Setelah berhenti dan bincang sesame group, kami pun masuk ke simpang tersebut..dan bermulalah aktiviti daki mendaki..

Part 4, Sungai Koyan – Ringlet, laluan ni, berbukit bukau, mmg mengcabar sikit laluan ni, maklumla, motor CC kecik, mmg sakit la nak layan bukit2 camni..kami dah bagi tau, group yang nak laju, boleh jalan dulu, rasa nak slow, kami akan tunggu kat atas..mmg betul pun, group yang laju, Aku , Hafez, Nizam, Zul an radzi masing follow rapat2 je, taku kena tinggal, dan takut tak dapat cucuk angin..dalam perjalanan ni, semua corner tak boleh nak layan sangat, semua corner mendaki, mmg tak sesuai langsung untuk kami motor2 kecik ni….dalam perjalanan juga, kawasan sekeliling kami nampak orang2 asli yang menetap dikawsan itu, sedang mengumpulkan buluh untuk dijual, anak2 orang asli juga melambai lambai ketika kami melalui kawasan mereka, mungkin mereka teruja melihat kami melalui kawasan mereka, kami pun membalas bunyian hon motosikal kami..

Kami meneruskan pendakian, laluan sini memang sunyi, kadangkala sahaja terserempak dengan kereta yang turun dari Cameron, mungkin juga jalan ni masih belum dirasmikan..atau mungkin masih ramai yang tak tahu..Cuma sesekali ada juga terserempak dengan kereta plat number wilayah dan selangor..mungkin mereka pun macam kami, nak try jalan baru..arghhh biarlah mereka dengan aktiviti mereka.. dalam asyik dengan jalan berliku dan mendaki, kami nyaris overshoot ketika melalui satu selekoh kecil, sempat aku memberikan sign tangan supaya geng dapat memperlahankan motosikal masing2…selepas tu , kami meneruskan pendakian sehingga ke atas satu jambatan yang panjang dan berhenti untuk menunggu madi dan Nazri.Ketika group yg pertama telah sampai di jambatan tersebut, kami sempat bersembang mengenai laluan hamper overshoot yang bahaya tersebut.

Setelah menunggu dalam 15minit group yg terakhir telah pun sampai di tempat kami menunggu,dan bro madi menceritakan pengalaman mendaki bersama Nazri..yang menyebabkan mereka ketinggalan jauh…macam biasa, hafez sempat snap picture kawasan ni..Pendakian hingga ke Ringlet tidak begitu membosankan, kawasan sekeliling mamang cantik, juga terasa angin2 sejuk membuatkan kami begitu bersemangat sehingga Ringlet..kami cuak, kerana motosikal masing2 minyak sudak meninjukkan angka E, kami tak dapat pastikan berapakah jarak yang akan kami tempuhi sehingga Ringlet.

Pendakian lebih kurang 1 jam akhirnya tiba di Ringlet, mujur setibanya di situ, kelihatan 2 pump stesen..kami pun berhenti dan top-up secukupnya untuk terus ke berincang..Setelah isi minyak, aku pergi tunggu Madi di simpang, takut tak perasan kami telah berada disitu..agak lama tunggu, akhirnya mereka tiba..

Motosikal Otai yang telah sampai ke Ringlet

Part 5 ,Tepat jam 12:30 kami menyambung semula perjalanan ke Foodcourt Brinchang untuk makan tengah hari di sana kerana semua telah kelaparan, masa ni jugalah, Staff NTM buat kecoh berebut parking, kan dah patah No Plat radzi..tepat jam 1.30 ptg kami mula bergerak untuk mencari masjid berdekatan, puas pusing2 kawsan tersebuat tak juga kelihatan, akhirnya, aku buat keputusan untuk Tanya satu kedai melayu ni, aku pun berhenti motor, huyooo, tak sangka plak aku, awek lawa yang jaga kedai tu aku pun bertanya arah pada dia, puas dia terang pada aku..akhirnya kami turun bukit semula, rupanya masjid tersebut hanya berdekatan dengan tempat kami makan tadi, Cuma tersorok sedikit…Ok Alhamdulillah, selesai solat, Hafez bercadang untuk ke gerai kulit di tanah Rata..kedai ni dulu pernah masuk paper, sebab tu dia teruja nak cari tu..pusing2 cari kedai, akhirnya kami jumpa, kedainya kecil sahaja, Cuma menjual barangan kulit..hasil kerjanya sendiri.
Inilah kedai kulit tersebut bersama dengan penjualnya
Setelah hafez selesai shopping, kami bergerak semula ke atas, kali ni nak cari ladang Strawberi, ladang ni memang jumpa, tapi harga strawberi pulak tak masuk akal, mungkin sebab petik sendiri, tapi disebabkan dah tengah hari, mungkin Strawberi yang cantik2 sudah habis dipetik..tinggalah yang masih muda sahaja.. Kebun strawberi yang kami jumpai di sini nampak sangat menarik. Warna daunnya yang menghijau dan buah warna merah yang menjulur ke bawah membuat Radzi,teruja nak beli..aku nasihatkan pada dia, beli sahaja yang telah siap petik..dengan harga yang tidak terlalu mahal...kat situ aku Cuma beli aiskrim Malaysia..Seringgit dan sedap..fresh from garden..cewahhh
Gambar kenangan di Ladang Strawberry
Point seterusnya, aku cadang bawak mereka ke ladang teh Boh dan Gunung Berincang, jika lewat takut Ladang tersebut tutup..Sebab waktu lawatannya sehingga pukul 4:30 petang sahaja..Apabila melalui kawsan tersebut, kelihatan banyak kereta telah naik, kawasan ni ramai hanya ketika cuti sekolah sahaj..kami pun berhenti di salah satu kawasan ladang teh,Radzi kata, dia nak cuba petik Teh dan snap beberapa picture di ladang teh…Kami pun meneruskan perjalanan ke Ladang tempat memproses teh..kat sini, tak banyak benda yang boleh lawati, masa kami pergi ke kilang tersebut, banyak mesin sedang diselenggara.., kami pun terus ke tempat jual teh..masa ni semua sibuk beli teh kat Boh Tea centre.sempat juga kami snap picture sebagai kenangan di sini..kami disini tak lama, sebab akan terus ke Gunung berincang, pendakian memang mencabar, bukit yang tinggi tidaklah terasa sangat, sebab cuaca dan pemandangan yang cantik..akhirnya kami tiba di puncak gunung, kat sini masing2 letak motosikal di sign board Gunung Berincang..yelah nak buat bukti dah sampai kan..snap picture lebih kurang, kami pun mula turun kebawah, sebab dah lewat dan masing2 nak shopping sebelum balik..

Setelah menuruni gunung berincang, kami semua membeli-belah di sebuah pasar di brinchang, cameron highlands. bagi saya, memang tak sah satu-satu lawatan atau percutian jika tidak membeli souvenir di tempat yang dilawati atau dikunjungi. Masa nilah, masing masing dah dirasuk Syaitan, nyaris madi tak diazankan oleh Nizam..dia yang paling lama shopping, 
Nizam bersama motornya di Gunung Brinchang
Bergambar di ladang Teh
Part 5 , Setelah selesai shopping, kami buat keputusan untuk turun melalui Simpang Pulai, jalan disini besar dan banyak corner..masa menuruni jalan ni sempat juga aku layan corner sikit, tak lama, sebab layan sorang2 tak seronok..team Yamaha tak menunjukkan minat nak corner, mungkin dah letih..perjalanan 76km dengan corner memang meletihkan, akhirnya kami tiba di Stesen minyak Petronas, kami berhenti isi minyak dan makan..masa nak bayar duit minyak ni, ternampak karipap besar,,seringgit harganya..aku pun try satu, lapor punya pasal makan jugalah..inti dia sikit, kulit je tebal..selesai alas perut, Nizam cadang nak balik kampung, dia akan keluar di susur Bidor..kami pun meneruskan perjalanan keluar dari Simpang Pulai menuju ke Highway..

Seperti yang aku jangka, memang waktu balik, masing2 akan full throttle, masing2 berdesup..puas juga aku nak ikut waktu ni, maklumlah motor ex5 aku ni mana nak laju, kena bantuan angin baru boleh laju sikit..walaupun perlahan aku tak kisah, yang penting hati, bukan motor best tapi tak nak bawak jalan2....masa ni betul2 seronok, aku nampak kelibat Nizam Zul, hafez dan radzi memang laju..( laju kapcai standart ).. sempat juga aku bagi sign tangan supaya mereka jangan laju sangat, tak sempat aku nak follow sebab mereka ni sentiasa berada di depan sepanjang masa, aku follow je dari belakang, harapkan bantuan hafez nak cucuk angin belakang motor dia..masa ni jugalah lampu motor aku buat hal, habis terbakar lampu depan belakang..gelap gelita motor aku..tinggal Signal je menyala..disebabkan bahaya, aku on je terus lampu signal tu..bagi orang belakang perasan aku dah la..

Sampai di susur Bidor, kami ambil keputusan untuk tunggu nazri yang telah jauh ketinggalan..lama juga tunggu, hamper 20 minit..akhirnya nampak kelibat Lagenda dengan helmet putih dari jauh, Nazri tak berhenti, dia teruskan perjalanan, kami pun follow dari belakang untuk hentian seterusnya Ulu Bernam..aku hanya mengharapkan Hafez follow aku dari belakang, sekurang kurangnya ada juga lampu batuan..sepanjang perjalan dari Bidor hingga ke Ulu bernam memang meletihkan..melayan kerenah nazri, kadangkala slow, kadangkala laju..akhirnya sampai juga kami di Ulu Bernam..

Kat sini kami fuel top-up sebab nak cover hingga ke rumah..kat sini kami dah bincang, aku, Radzi dan Nazri akan berpecah melaui Duke pabila lepasi tol Duta nanti, manakala Zul akan keluar dari susur Subang/Shah alam..madi dan hafez pula akan ke pusat bandaraya..perjalanan kami diteruskan dari Ulu Bernam hingga ke Tol duta, jalan ni agak bahaya, banyak kereta terutama di kawasan Rawang..kami mematuhi had kelajuan biasa..sehingga Tol Duta.Disini kami mula berpecah kehaluan masing2, aku, Radzi dan Nazri telah memasuki Highway Duke menghala ke Ampang, dalam leka hendak sampai ke Susur Ampang, aku dah tak perasan bila Nazri telah terpisah..Cuma tinggal aku dan radzi sahaja..kami teruskan perjalanan hingga ke pandan Indah..di sini aku dan radzi berpisah sambil memberikan Hon..radzi teruskan hingga ke Cheras..

Aku telah sampai dirumah tepat jam 10 malam, terus aku hantar SMS pada semua mengatakan aku telah Selamat sampai kerumah..

Sekian terima kasih

2 ulasan:

Syafri Hj Shuib berkata...

mana gambar ek??

Aku Budak Nerek berkata...

Gambarnya tak der yek?..Send semula gambar tu, nanti kita hupdate dalam blog nie. Thanks for sharing!! Nice Ride with Nice Memory.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...