NuffNang

Selasa, 19 Julai 2011

Moh Berjogging Weh..

Semalam saya berpeluang untuk pertama kalinya ke Kompleks Sukan Paroi. Itupun setelah beberapa kali diajak oleh girlfriend saya join dia berjogging. Walaupun tempat nie dah lama dah beroperasi, namun sebab kurang kelapangan (yer ker?) maka akhirnya dapat jugak saya ke sini semalam. First impression saya, saya dapati tempat nie amat happening dan usaha kerajaan negeri untuk membuka tempat ini kepada umum menepati sasarannya. Rupanya memang ramai yang datang untuk bersukan kat sini, daripada athlit sampailah kepada golongan keluarga yang ingin beriadah.
 
 Saya dapati ramai golongan dari segenap usia datang mengimarahkan tempat nie, daripada kanak kanak sampailah kepada golongan makcik dan pakcik juga.
 
 Komplek Sukan nie juga menyediakan tempat kepada golongan skateboaters yang giat dengan aktiviti sukan diaorang. Huihs, payah jugak rupanya nak mahir dalam sukan nie. Nampak senang, tapi tengok berpeluh jugak diaorang main benda nie.



 Untuk kali pertama berjogging kat sini, ingatkan tak berapa penat. Maklumlah ada juga aktiviti berbasikal yang saya selalu buat. Rupa rupanya telahan saya nyata meleset. Saya hanya mampu berlari untuk 4 pusingan padang sahaja sebelum berhenti dan berjalan untuk satu pusingan. Lepas tu baru sambung semula untuk 3 pusingan lagi. Okaylah kot, untuk first timer joiner macam saya nie. Girlfriend saya selamba jeer berjogging, boleh lah,..selalu trainiing kat sini. (Ayat bagi sedap hati..hahaha) Memang ternyata penat jugak aktiviti berjogging nie. Dah lama sangat meninggalkan aktiviti jogging nie, dulu masa belajar biasa juga berjogging dengan member member pusing UUM tu.



 Selain dari aktiviti berjogging, Kawasan Kompleks Sukan nie juga ada banyak lagi sukan yang boleh anda nak main. Bergantung kepada tahap expertise anda leer..chewaahh. Kalau nak main badminton pun ada, Futsal pun ada, Tennis, Table Tennis, dan macam macam lagi lah.
 Kawasan nie pulak untuk anda buat stretching..yer kot..





Bagi mereka yang datang dengan keluarga dan ada anak anak kecil, kat sini pun ada taman permainan kanak kanak. Mereka boleh main kat sini dengan selamat disamping mendidik jiwa mereka untuk bersukan. Tapi kena pastikan ada penjaga yang mengiringi mereka lah, nanti mak bapak giat berjogging, tak sedar pulak anak dah hilang..
 Haa, tengok tu. Kat dinding Komplek Sukan nie ada gambar Sukan Berbasikal, Bola dan juga Basketball..

Juga ada tempat untuk refleksologi kaki.

 Bagi anda yang menceburkan diri dalam bidang gym, kat sini ada sebuah gym yang memang ekonomi tapi lengkap. Anda boleh datang untuk walk in dengan harga RM 2 sejam, atau nak jadi ahli dengan pendaftaran RM 20 dan bulanan RM 10. Mana nak dapat dengan harga yang macam nie..sungguh. Siap ada instructor lagi tu. Tapi ada timing dan jadual dia la. Kena selang seli lelaki dan perempuan.



Pendek kata memang best leer tempat nie, daripada buang masa tak tentu hala, lebih baik bawak famili datang sini. Badan sihat, duitpun save..hahaha.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...