NuffNang

Khamis, 14 Julai 2011

Kayuhan Bukit Putus - 14 July 2011

Kayuhan ke Bukit Putus nie sebanarnya memang routine bagi Group kami. Dah jadi macam acara wajib kalau nak training tu. Memang tak jauh pun sebenarnya, dalam 30km jer. Tapi yang agak best tu sebab laluan nie memang mencabar mental. Kayuhan berbukit sama ada melalui jalan Bukit Putus Baru ataupun Jalan Bukit Putus lama.

Berjanji dengan Farizal jam 8 pagi kat Petronas Bukit Putus. Saya sampai sana ngam ngam pukul 8am. Tengok Farizal dah ada kat sana sambil ditemani seorang pakcik. Hebat cerita pak cik nie dan saya pun memang salute. Umur pak cik nie dah menjangkau 72 tahun dah, tapi masih sihat dan mampu mengayuh basikal. Katanya dia berkayuh setiap pagi untuk mnggantikan jogging. Mengayuh untuk membeli sayur dan ikan. Sebab tu kalau dapat diperhatikan pada basikalnya, terdapat bakul yang memang diikat untuk menyimpan sayuran ataupun ikan yang baru dibeli di pasar.

Memang steady pak cik nie, saya terfikir jugak agaknya kalau tuhan menganugerahkan umur pada saya sampai tahap tu, adakah saya masih mampu lagi mengayuh? Kami mengajak pakcik tu untuk join kami memanjat Bukit Putus, namun dia menolak kerana katanya brek basikal dia tak berapa baik. Pakcik nie juga berhasrat untuk menukar brek basikalnya kepada jenis disk. Saya sempat menyarankan untuknya hupgrade basikal dan ambik Touring Bike. Lebih sesuai untuk pakcik nie yang memang suka mengayuh. Tapi saya lupa pulak nak tanya nama pakcik nie..

Setelah labih kurang 10 minit kami bersembang, kami pun memulakan kayuhan mendaki. kali nie kami memilih untuk mendaki menggunakan jalan lama dan turun ikut jalan baru. Kayuhan dimulakan dengan mendaki dengan perlahan lahan. Satu selekoh demi satu selekoh kami tawan. mendaki tanpa berhenti dan maintain kelajuan. memang agak laju jugak kami mendaki pagi nie. Kami sampai di atas pukul 8.30 pagi, lebih kurang 20 minit mengayuh. Syukur tak jumpa anjing ataupun beruk. Laluan nie memang terkenal dengan beruk beruk nakal.


Seperti biasa kalau kami mengayuh pagi, kayuhan tu sekejab jeer namun bab menyembang tu yang lebih lama. Dalam lebih kurang jam 9 pagi, saya mengajak Farizal turun. Farizal mencadangkan kami menurun melalui jalan lama semua, sebab tak nak mendaki bukit jalan baru tu. Okay..tak der masalah. Lupa nak bagitahu, sepanjang jalan tu memang jarang sangat bertemu dengan kenderaan yang menaik atau menurun. Kebanyakannya memang menggunakan jalan baru yang nyata lebih pantas dan menyenangkan. Sewaktu kami nak menurun tu, terjumpa dengan kontraktor mesin rumput di sepanjang jalan tu.

Jalan menurun memang mengasyikkan. Maklumlah tak perlu nak berkayuh sakan. Control dan brek ajer. Tup tup, dah sampai separuh perjalanan, kelihatan sekumpulan beruk yang memang ramai, anggaran dalam 20 ekor lebih kot sedang lepak dan main main atas jalan. Ada bapak beruk, ada mak beruk, anak beruk semuanya ada. Kebimbangan yang ditakuti waktu naik tadi rupanya menunggu waktu kami nak menurun. Adoi..nie memang kes bahaya nie. Beruk beruk kat sini memang terkenal dengan kegarangannya. Nak teruskan atau nak patah balik? Patah balik bermakna kami terpaksa mendaki semula. Kalau nak teruskan perjalanan, bermakna kami terpaksa menempuh geng geng beruk nie. Tetiba ada sebijik lori mendaki naik. Siap hon dengan kuat sekali, namun beruk nie buat selamba jeer. Ini memang tak leh jadi nie, nampaknya memang kami kena mendaki semula. Kalau dah lori pun beruk tak takut, inikan pulak basikal..mau dikipnap nya kami nie nanti.

Saya pun agak musykil jugak bagaimana beruk beruk nie amat berani turun ke jalan. Namun, memang tak mustahil sebab kami mendapat khabar yang beruk beruk kat sini memang diberi makan. Thats why leer berani sangat..Never mind, mendaki pun okay leer..terpaksa. Nak buat macam mana. Terpaksa berpeluh semula untuk second round. Akhirnya kami berjaya juga mendaki hingga ke puncaknya dan menurun serta mendaki semula menggunakan jalan baru. mamat mesin rumput tadi pun musykil jeer tengok kami, apa kena dengan bebudak nie, dah turun naik semula..hahaha.

Menurun menggunakan jalan baru memang amat mengasyikkan. Deruan angin menampar ke muka memang mengasyikkan. Sampai jugak kami ke kaki Bukit Putus nie. Dan kami nak uji kekuatan kami sekali lagi. memilih mendaki melalui Lavendar Height memang jalan yang amat menekan perasaan. Bukit tak panjang sangat, tapi tinggi. So sangat terpaksa menggunakan kekuatan mental dan fizikal untuk mendaki. Kami tak mahu memilih untuk MTB (mari tolak basikal). Dipertengahan dakian tu, ada sebijik van yang memang kedengaran menggunakan gear rendah untuk ke atas. tiba tiba van tu mati dipertengahan jalan. Kami pun tak sempat nak menjengah, sebab terlalu concentrate mengayuh untuk mendaki. Inch by inch, akhirnya sampai jugak kami ke puncak jaya. Berpeluh beb..Kami sampai ke rumah pada jam 10 pagi. Okaylah, kayuhan training untuk pagi nie..

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...