NuffNang

Khamis, 28 Julai 2011

Uih..memang pedas breakfast di Pedas

Hahaha..tak sangka pulak. Rupanya memang bertepatan dengan nama tempat nie Pedas. Makan pagi yang aku makan pagi tadi pun, adui podas bonar. Pagi nie sajer aku ronda ronda dengan girlfriend aku, jenjalan lepas antar anak aku poie sekolah. Pusing pusing ingat nak pergi breakfast. Masuk ke Rantau, pas tu pusing ke Rembau. Keluar kat Pedas. Jalan nie memang peacefull. Aman dan damai. Member aku si Rahman pun ada bagitahu yang kawasan rumah dia nie memang aman dan peacefull, sampai beruk boleh menari nari depan rumah dan bergendang atas atap kandang lembu bapak dia..hahaha. Kalau korang nak menikmati suasana perkampungan sejati kat Negeri Sembilan nie, boleh pilih jalan nie kot. Aku pun ingat nak buat kayuhan ikut jalan nie suatu hari nanti.

Tak tau nak makan apa, last last kitaorang berhenti breakfast kat satu kedai tepi jalan betul betul berdekatan dengan exit Pedas. Aku makan nasik goreng dengan rendang ayam. Girlfriend aku pulak makan mee goreng dengan rendang ayam jugak. Dia cakap mee goreng dia, adui podeh bebenar. Tapi best laa kan! Tapi bukan nak cakap leer, rendang N. Sembilan nie antara rendang terbaik leer. Tak caya..mai cuba.

Habis makan, kitaorang pun blah leer. Lalu ikut highway Pedas tu sampai Senawang. Tak jauh pun. Orang rumah aku cakap, selesa betul naik motor nie. Sampai nak tertidur, kah kah kah..okay sangat leer tu. Tidur atas motor. Nanti tak sampai rumah, sambung tidur atas katil hospital plak. Nanti kita cari tempat lain pulak yer nak breakfast. Lepas bulan puasa lah kot, esok lusa dan nak start puasa dah.



4 ulasan:

Azri berkata...

patut lah ajak gi ride lepas raya. Dah dapat Bini Muda...... ha.ha.ha..................

Aku Budak Nerek berkata...

Rezeki tuhan..motor pinjam Azri.

Che Man berkata...

best tul la motor baru.nanti aku nak pinjam buat test ride boleh?

Aku Budak Nerek berkata...

Buleh..tapi pastikan ketinggian cukup untuk menegakkan motor nie..hehehe.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...