NuffNang

Ahad, 21 Ogos 2011

Bestnya Langkawi..

Salam,

Niat di hati memang aku nak buat ride pusing Malaysia nie. Nak jalan jalan bagi habiskan negara sendiri dulu sebelum bergerak ke negara lain pulak. Setakat nie, aku teringin betul nak pusing Perlis ngan Kelantan. Sebab dua negeri nie jer dalam semenanjung nie yang aku belum jelajah dengan motosikal. Niat dihati nak cross banjaran Titawangsa aka Cross Tasik banding tu dengan motor. Dengan kereta tu dah biasa dah. Insyaalah, kalau ada izin tuhan aku pasti akan berjaya buat ride nie jugak satu hari nanti.

Bercerita tentang tempat tempat menarik kat Malaysia nie, aku rasa Langkawi kot antara tempat yang best aku pernah pergi. Bukannya sebab apa, sebab kat situ aku boleh merasa nak bawak kereta yang aku idamkan. Nak beli sendiri tak mampu. Malangnya kat Langkawi tak der pulak sewa superbike. Yang ada setakat Elegan ajer..tu dulu lah, sekarang nie aku tak tau lah pulak. Kalau ada, teringin jugak nak merasa bawak GS1200 ataupun Super Tenere 1200 tu..hehehe.

Tapi pengalaman masa aku kat Pattaya tempohhari, aku dapat tengok pelbagai superbike yang disewakan. Dari yang outdated sampailah yang ter-update. Semuanya ada. Tapi aku tak tau lah pulak camner prosedur diaorang menyewa superbike nie. Lebih lebih lagi kalau kita orang luar nie. So tak bolehlah aku nak share info nie dengan engkorang. Ada sesiapa yang ada pengalaman tak?

Kalau kita dah sampai kat Langkawi tu, perkara yang paling penting kita kena ada adalah kenderaan. Walaupun pulau nie kecik jer, tapi mengah jugak kalau korang nak jalan kaki. Basikal pun ada kalau nak sewa tu. Tupun kalau larat nak berkayuh lah. Tapi memang syok jugak berkayuh tepi pantai kan? Selain dari basikal, kita boleh sewa motor ataupun kereta. Ataupun naik teksi. Terpulang pada citarasa dan budget masing masinglah.

Bila turun jer dari feri (kalau korang naik ferilah kan), dah ramai menunggu broker broker sewa kereta nie. Menawarkan kenderaan sewa masing masing. Kalau korang tak nak ambik dengan diaorang nie, korang pun boleh jugak cari sendiri. Sebab kat luar tu, banyak kiosk sewa kereta. Aku suggest kalau korang nak pergi langkawi naik feri dan berhasrat nak balik dengan feri jugak, korang boleh sewa straight kereta dari terminal feri nie. Sebab nanti senang sikit kalau korang nak balik semula. Park kat terminal dan ambik feri untuk balik. Yang perlu ada adalah lesen kereta dan jugak duit. Duit pulak bergantung pada apa jenis kereta yang korang berhasrat nak sewa. Alphard pun ada disewakan kalau ramai yang datang tu. Setakat Serena tu, berlambak.

Setakat nie, aku berjaya jugak mengetest bawak Wish, Altis dan jugak Sentra kat sana. Buat review sendiri. Bagus jugak sebenarnya sebab aku boleh buat review dan pandu uji sebelum decide mana satu kereta yang nak beli sendiri. Nak pinjam orang punya susah. Sapa nak bagi pinjam keter kesayangan diaorang, yer tak? Hajat satu hari nanti, nak try bawak FairLady pulak. Ada member tu cakap, keter nie boleh disewa dengan RM350 jer sehari kalau bukan musim cuti tu..pherggh..meleleh jugak nie..Yang penting negotiation skill korang kena mantap, baru leer boleh dapat kereta best dengan harga menarik.
Toyota Altis, keselesaan memang tiada kompromi

Toyota Wish, MPV yang bergaya
So begitu lah ceritanya kenapa aku cakap Langkawi nie menarik. Selain dari sewa kereta, memang tak dinafikan Langkawi nie memang syurga untuk perokok dan jugak penggemar coklat. Minyak wangi pun okay jugak. Memang murah. Tapi yang paling penting, bila korang dah sampai Langkawi nie..pergilah melancong pusing pusing dalam pulau nie. Terlalu banyak sangat tempat menarik yang korang boleh lawati. Pilih ajer..Kalau tak best, takkan aku dah sampai sini 4 kali dah..hehehe. So pergilah melancong. Banyak destinasi menarik kat Malaysia nie yang boleh kita lawati sebelum kita ke luar negara!!
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...