NuffNang

Ahad, 14 Ogos 2011

Hebatnya Anak Malaysia..

Salam,

Semalam aku berkesempatan untuk balik ke Batu Pahat, untuk berbuka puasa bersama kakak ipar aku. Perjalanan 3 jam ke Batu Pahat tak terasa begitu jauh dengan adanya highway Utara Selatan. Namun perjalanan mulai terasa aura kehebatannya bila mula memasuku jalan jalan kampung sekitar Parit Raja. Kiri kanannya anda akan dapat melihat tumbuhan tumbuhan yang hidup subur bila ditanam di tanah gambut ini. Pokok pisang dan ubi kayu memang telah menjadi lumrah dan wajib untuk di tanam di kawasan ini.

Anda akan mendapati bahawa banyak perusahaan membuat makanan ringan berupa kerepek berada di kiri dan kanan jalan. Singgahlah, kerana anda tidak akan menyesal dan pasti terpanggil untuk membeli kerepek ubi kayu masin, pedas dan basah ataupun kerepek pisang tanduk. Aku juga sempat membeli beberapa peket kerepek ubi untuk juadah hari raya. Dan yang pastinya, kerepek ini pastilah homemade and baru dibuat. fresh from kuali..hehehe.

Tapi apa yang aku nak ceritakan hari nie bukanlah pasal kerepek nie sebenarnya. Aku terpanggil untuk bercerita tentang daya kreativiti penduduk kampung area sini yang berupaya mencipta gerabak buatan tangan.

Apa itu "gerabak"? Ianya adalah panggilan orang kampung ini terhadap mesin yang dicipta khusus untuk mengangkut kelapa, nenas ataupun buah sawit keluar dari ladang. Mesin ini dicipta menggunakan enjim motor cub yang telah diubahsuai dan dipasang kepada chasis buatan sendiri. Mesin ini mampu mengangkut bertan tan buah kelapa sawit keluar dari ladang tanah gambut, tanpa lekat atau terbenam!!

Daya kreativiti penduduk kampung ini pastinya boleh dikomersialkan. Betapa hebatnya daya kreativiti mereka hinggakan ada gerabak ini yang mampu untuk 'jek' menggunakan sistem hidraulik. Mereka tidak punya alatan moden atau canggih. Mereka hanya menggunakan alatan pengimpal yang maha simple. Mereka juga menggunakan bahan bahan terbuang dari badan kereta atau bahan lori. Yang penting adalah daya kreativiti, Apabila siap, gerabak ini mampu dijual sehingga berharga RM 10k sebiji.
 Gerabak yang telah siap diubahsuai, lengkap dengan kerusi


Dan ini adalah satu lagi daripada sumber kreativiti penduduk kampung. Aku fikir kalau jurutera Jepun tengok ciptaan ini, mereka pun garu kepala. Anda dapat tangkap apa yang saya maksudkan? Terbaek dari Batu Pahat..

 Satu satunya motor yang mempunyai 4 batang absorber


Layan gambiran kat bawah nie, gambar terbaik dari ladang yang sempat aku snap untuk kenderaan buatan sendiri nie. Gambiran kenderaan ini adalah milik abang ipar aku, yang menetap di Seri Merlong Batu Pahat. kalau anda berminat nak dapatkan sebijik, harganya adalah RM10k..Adoyai..










2 ulasan:

TayarGolek.Com berkata...

Bro..gerabak dgn enjin vespa memey top kat Johor espeseli area Muar + BP. Aku asal Muar, so Ayah aku pun ade sebijik dulu..kekuatan memey agak luar biasa.

Mcm kereta, ade 5 gear + high speed gear, cable + vinge (betul ke eja ni).

Petani moden semua dah pakai tu dah..

Aku Budak Nerek berkata...

Betul tu Han, first aku tengok dulu, wah terkejut + respect betul dengan kreativiti orang kita nie. Boleh dikomersialkan laa..memang berguna!

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...