NuffNang

Khamis, 4 Ogos 2011

Memori aku sebagai pump attendant.


Salam,

Hari nie sedang aku nak isi minyak, aku sempat bersembang sembang dengan pak cik yang jaga pump tu. Dia dah bersara dah, dulu penjawat jawatan awam dengan Telekom. Masa tu still Telekom lagi dan tak tukar pada TM lagi. Hari nie, dia duduk bekerja secara part time kat stesen minyak. Aku percaya dia bekerja bukan disebabkan duit, tapi mesti nak mengisi masa lapang dia. Katanya dia boring duduk kat rumah, lepas dia bersara hari tu.. kerja dia asyik baca paper ajer hari hari. Dah naik muak membaca paper dah, disamping menghantar wife dia pergi kerja. 

Itu bab pakcik yang bekerja nak mengisi masa lapang dia. Maksudnya dia memang berupaya nak duduk rumah dan pergi bercuti menghabiskan masa selepas bersara. Duit dalam bank mesti dah banyak, disamping dengan duit pencen dia. Tapi bagaimana pula kalau kita perhatikan pakcik pakcik tua yang bekerja tu memang nak menampung sara hidup dia? Kadang tu, aku rasa kesian, sebab mengenangkan mereka nie terpaksa bekerja walaupun di usia tua mereka. Dan mereka mesti bekerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi nie. Mereka mesti nak bekerja sebab ada anak isteri yang perlu ditanggung dirumah. Ada mulut yang perlu diberi makan..Kesian kan? Namun mereka mempunyai pekerjaan yang halal, sekurang kurangnya mereka tak meminta sedekah untuk mencari rezeki.

Mungkin ada antara kita yang pernah bercakap, kerja sebagai pump attendant nie bukannya susah pun. Cuma angkat pump dan isi dalam tangki. So tak per lah kalau pakcik tu buat salah, kita marah dia. Sebab kerja dia senang pun tak boleh nak buat. Betul ker?

Itu andaian yang dibuat bagi mereka yang tak pernah bekerja sebagai pump attendant. Tapi bagi aku, aku tahu bagaimana susah bekerja sebagai pump attendant nie. Kalau dulu, semuanya  kena ditanggung oleh pump attendant nie. Semasa belum ada lagi self service. Daripada bayar dan isi minyak, cuci cermin kereta pelanggan, buat resit. Semuanya manually. Sekarang jer dunia dah semakin senang sikit. Ada self service, dan kebelakangan nie aku dapat lihat semula kemunculan pump attendant nie.

 Sebab tu sekarang nie, aku lebih suka untuk angkat sendiri pump dan isik sendiri dalam mulut tangki kereta. Aku tahu kepayahan yang mereka kena tanggung. Basicnya memang senang, cuma angkat dan picit nozzle ke dalam mulut tangki kereta. Namun adakah anda tahu kepayahan mereka.

Bercakap soal kepayahan sebagai pam attendant nie, deritanya bukan sekadar mengisi minyak. Namun menahan panas panahan cahaya matahari diwaktu tengahari terik disamping menahan kepanasan petrol itu sendiri. Kalau tak percaya, anda boleh tengok kulit muka mereka yang terlalu lama terdedah kepada petrol nie mesti dah sunburn. Kemerah merahan. Aku rasa kalau terlalu lama berkecimpung dalam bidang nie pun bahaya, sebab boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Boleh dapat kanser rasanya sebab asyik menghidu bau petrol nie.

Tu satu sebab, kemudian anda juga akan berhadapan dengan dengan pelbagai kerenah manusia. Daripada sekecil kecil budak yang datang naik motor merempit tak ada lesen, dan mintak kita isikan tangki mereka dengan seringgit sahaja. Sampailah kepada golongan datok dan hartawan yang datang dengan naik kereta besar mereka. Pelbagai ragam yang akan kita jumpa. Ada golongan yang kononnya memang sangat tertib, lantas akan memaki hamun kita seandainya menitiskan waiima setitik petrol ke badan kereta mereka. mentang mentanglah kita nie pump attendant, jangan anggap kita orang nie tak ada maruah beb..

Tu belum bab dia orang yang datang naik kereta kecik atau besar, duduk dalam aircond sambil tunjuk jari jeer pada kita. Sepuluh, dua puluh atau penuh..Cewaah, sedap sungguh duduk dalam aircond tu sampai tak nak keluar dari kereta. Yang jadi masalahnya, tunjuk macam nak isi lima puluh ringgit, Bila kita dah isi lima puluh, rupa rupanya nak lima ringgit jer. Tidakkah itu menyusahkan orang?

Kalau turn kita nak kena isik minyak lori pulak, alamat berjanggutlah menunggu kat tepi tangki tu. Bukannya sikit, satu tangki penuh tu boleh masuk sampai RM300 ringgit diesel. Menunggu leer tengah panas terik tu. Bab nak claim nie, tak payah nak cerita lah. isik RM 20, mintak resit RM 50. nak claim lebih leer tu, adoii..macam macam ragam manusia nie. Dan anda jugak akan merasa nyawa dihujung tanduk bila ada customer yang datang sambil hisap rokok, bercakap dalam telefon bimbit, tak matikan enjin kereta bila nak isi minyak.

Ada jugak yang bestnya, First bila dapat golongan yang respek dengan kita orang. Bukannya respek macam mana pun, mungkin bersimpati dengan geng geng macam kitaorang nie. Ada yang bagi tips, ada yang bagi makanan, minuman..macam amacam lagi leer boleh dapat. Second ada jugak rezeki boleh jumpa artis, hehehe. Syok. Third, anda akan dapat megisi minyak superbike ataupun kereta sport. Fourth, anda akan dapat berjumpa dengan group superbikers yang dalam konvoi. Fifth, pengalaman nie anda tak akan dapat kat mana mana pun. Pengalaman yang sebenarnya. tidak boleh diukur atau dibeli dengan wang ringgit.

Sebab tu lah, aku tak akan pandang rendah pada golongan macam nie. Sebab sebenarnya diaorang ada fungsi dan tugas masing masing dalam menjana ekonomi negara. Tapi sekarang nie dah tak ada lagi dah pump attendant. Semuanya dah pakai self service. Bagus jugak, baru ada pengalaman macammana nak isik minyak kan..hahaha, anda ada pengalaman nie?
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...