NuffNang

Ahad, 21 Ogos 2011

Jom Pi Sailing..

Salam,

Hari nie aku nak kongsi pengalaman aku selain dari ronda ronda naik motor dan jugak main beskal. Pengalaman nie antara pengalaman yang aku klasifikasikan sebagai pengalaman yang berharga dalam hidup aku. Pengalaman apa tu? Alah, pengalaman aku naik perahu layar. Bukan perahu layar besar pun, orang putih cakap pi "sailing". Hahaha...

Aku pi "sailing" nie kat laut Andaman dengan cousin aku. Aku merembat peluang yang jarang jarang datang nie. Cousin aku tu memang kaki "sailing" nie. Engkorang mesti tertanya tanya camner agaknya aktiviti sailing nie kan? So layan gambiran sekeping dua kat bawah nie.
Nie gambar cousin aku..Usop. Memang kaki sailing dia nie.

Sebagai beginner, kena pakai safety jacket dulu. Kang tak pasal jer tenggelam dalam laut

Kami start belayar. memang teruja. Dan memang best aktiviti nie
Sebelum belayar, aku kena pakai safety jacket dulu. Pasal takut nanti dilambung ombak ganas, terus tenggelam kat dasar lautan. Memang teruja dengan aktiviti nie. Sebuah perahu cam nie boleh masuk dalam 6 orang kot. Tapi hari tu, aku belayar dua orang jeer. So agaknya ringan sikit lah. Memula nak belayar tu, pengemudi kena mainkan layar tu bagi ada tiupan angin. Bila dah masuk ke tengah laut sikit, angin memang bertiup kencang. Ombak laut pun tak sama dengan kat tepi pantai tu. Kat bahagian agak tengah nie, laut lebih agak bergelora dan tiupan angin agak lebih kencang.

Bila dah ada tiupan angin yang kencang nie, perahu layar akan bergerak lebih laju. Kita kena pandai mainkan layar dia tu. Aku tengok cousin aku tu memang expert. Aku acapkali diarah menukar kedudukan. Sekejab ke depan, sekejab ke sebelah kiri, kejab ke sebelah kanan. Masa tiupan angin kencang, perahu layar tu memang laju sambil boleh "flying". Flying nie istilah yang digunakan cousin aku sewaktu perahu layar tu belayar senget macam terbang sebelah.

Pherggh, memang teruja betul. Takut pun ada jugak. Bila kita dah berada di tengah lautan, kita dapat lihat betapa dalamnya laut tu. Dan mulalah terbayang kalau terjatuh dalam laut tu, macam manalah agaknya ya! Agak lama jugak aku ngan cousin aku belayar tu, takut takut nanti sampai sempadan Siam pulak. Bila angin tak ada, perahu tu akan statik dan kita kena mainkan layar dia tu mencari arah tiupan angin. Bila dah ada angin, barulah dia terbang semula..

Yeehaa..aku rasa dia punya syok masa terbang tu sama dengan syok yang kita rasa masa ambik corner. Takut takut tapi puas hati..So apalagi, jangan lepaskan peluang nie kalau ada. Aku rasa aktiviti nie merata rata tempat pun ada. Cuma terpulang pada kita jer lah nak try ataupun tak...Tapi bagi aku, tak rugi kalau mencuba aktiviti nie..Cubalah!!
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...