NuffNang

Jumaat, 26 Ogos 2011

Elegan VS Versys

Salam,

Sedang aku terbelek belek basuh motor tengah hari tadi, aku terperasan dengan satu  persamaan diantara Elegan dengan Versys. Dua dua jentera yang bawak aku jalan jauh. Dua bijik motor nie memang best kalau kita bercerita bab buat long journey. Sebab tu tak mustahil kalau diaoarang cakap Versys nie memang syok dan tahan sampaikan boleh buat journey sampai ke kota London dan pernah sampai ke Mekah. Tak kurang jugak Elegan nie, ketahanannya dan kelasakan serta comfortnya dah membawa ramai pemiliknya mengembara jauh sampaikan ke Laos.


Walaupun berbeza dari kapasiti enjin, Elegan dengan 150cc manakala Versys dengan kapasiti 650cc namun gaya handlingnya sama. Kedua duanya memberikan keselesaan perjalanan jarak jauh. Macammana kedua dua motor nie boleh menawarkan tahap keselesaan yang tiada kompromi? Jawapannya terletak kepada seat kedua motor nie. Kalau diperhatikan, kedua duanya mempunyai satu persamaan iaitu seat yang lebar. Seat yang lebar ini memberikan penunggangnya kelebihan untuk duduk dengan selesa dalam membuat perjalanan jauh. Begitu dengan seat pemboncengnya. Lebar dan empuk.

Kesimpulannya, Elegan dan versys memang pilihan terbaik untuk buat long journey. Ketahanan enjin, kebolehpercayaan dan juga keselesaan yang tida kompromi. Kalau anda masih lagi mencari cari motor yang sesuai dengan jiwa anda seorang pengembara, pertimbangkanlah motor nie.. Kecuali anda seorang yang memang suka meroket, lupakanlah niat anda untuk memiliki motor nie. Sebab dah sebulan motor nie tak jalan jauh, nantikan ride yang akan dibuat selepas Ramadhan ini. Kita jalan jalan cari makan..Lets ride! 


Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...