NuffNang

Isnin, 1 Ogos 2011

Memories Kuala Terengganu with EX5

Sedang aku membelek belek gambar gambar lama, aku terpandang pada gambar nie. Korang tahu tak apa yang special nya tentang gambar nie? Tak der apa apa yang special pun sebenarnya, tapi kenangan dan memori tu yang menjadi specialnya. Aku pasti yang setiap orang ada kenangan dengan gambar gambar yang mereka simpan. Tapi bagi aku, setiap gambar ride aku, memang ada cerita disebaliknya.

Penat badan, berpanas dan berhujan menjadi kenangan yang memang syok untuk dikenang. Walaupun pada masa tu, kita berada dalam situasi yang amat tegang. Namun saat ketegangan itu akan menjadi satu memori yang indah untuk kita kenang. percayalah.

Tak ada apa apa yang menarik tentang gambar tu. Tapi gambar tu dimabil ketika group ride kitaorang (dah lupa tahun berapa), naik cub EX5 ajer dari KL ride sampai Kelantan. Dan gambar nie kitaorang ambil masa kitaorang dah nak sampai ke Kuala Terengganu. Memang penat sebab kitaorang naik cub ajer, melalui jalan persekutuan dan bukannya highway Utara Selatan. Berpanas dan berhujan sampai ke Kelantan. Lainlah kalau kitaorang naik BMW atau superbike ker..hahaha. Tapi keseronokan untuk sampai ke satu satu destinasi tu memang berbeza sebenarnya jika kita naik motor. Keseronokan yang memang priceless dan tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Korang ada gambar ride yang menjadi kenangan tak?
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...