NuffNang

Isnin, 8 Ogos 2011

Sotong nie untuk display jeer bang..adoyai..

Salam..Hahaha, aku pikir macam lawak pun ada jugak, kesian pun ada jugak.

Petang tadi aku berkesempatan untuk berbuka puasa dengan member member kat salah satu Resort yang terkenal kat PD nie. Tapi aku pergi dengan kereta member aku, tak naik motor pun. Resort nie memang banyak aktiviti dan acara-acara yang kelab-kelab anjurkan. So aku pun join leer dengan member member. Maklumlah, sebelum nie aku tak pernah join pun makan makan kat hotel nie. Kalau breakfast tu selalulah, tapi buffet Ramadhan nie belum lagi.

Sebelum waktu berbuka puasa, kami dihiburkan dengan irama caklempong dan gamelan secara live. Memang best lah diaorang bawak secara live. Bila waktu berbuka puasa, kami pun turut sama berbuka puasa. Makan apa yang patut dan dihidangkan kat situ. Ada nasi hujan panas, ada kambing, roti prata, gulai kawah, kuih kuih, rojak mee dan sebagainya. Memang banyak sungguh makanan yang dijamu dan yang nak dihabiskan. Aku banyak minum air ajer then makan nasik sikit. Tu pun dah kenyang dah. Sebelum tu aku ada ushar ada pengunjung yang bawak sotong bakar kat meja diaorang. Puas aku cari tapi tak jumpa. Tak perlah, mungkin dah tak ada rezeki nak makan sotong BBQ hari nie.

Bila kami dah siap makan semua, kami lepak lepak kat luar sambil menikmati udara malam. Secara tak sengaja kami terjumpa dengan tempat BBQ nie. Patutlah aku tak jumpa kat dalam, rupanya kat luar nie tempatnya bertapa. Tapi apa yang ku perhatikan memang dah tak ada sotong bakar dah. Yang tinggal cuma ayam bakar ajer. Tapi aku ngan member aku perhatikan ada lagi satu bekas sotong dengan bahan bahan BBQ lain dalam satu bekas. Tertutup rapi macam diwrapping. Member aku pun tanya dengan budak yang jaga tempat BBQ tu. "Sotong tu tak nak bakar dah ker?" "Sorry bang, sotong nie untuk display ajer."katanya bersahaja. 

Aku pun terfikir jugak, apasal pulak kalau ada banyak lagi bahannya, kenapa tak nak bakar pulak. Pengunjung bayar dan berhak nak makan apa yang diaorang bayar? Apa pendapat anda? Aku ushar jugak, mungkin betul benda tu display ajer, takut aku tersalah pandang. Mungkin tube beskal ker dalam besen tu. Tapi confirm, memang sotong.!

Aku pun tak nak cakap banyak dan blah dari situ. Tapi kesian member aku tu teringin nak makan sotong. Takut pulak nanti kempunan. Lantas bila semua dah clear dan tak ramai lagi orang, member aku pun bersuara dengan cashier kat situ. Dia cakap tak tahu dan kena tanya dengan kitchen staff. Macam mana nie? Kita bayar dan memang berhak leer kalau nak makan selagi ada.
 Memasing dah lepak lepas makan.

Hahaha, inilah tempat bakar bakar aka BBQ.

Gulai kawah. 

Inilah rupanya sotong bakar tu..

 Inilah bekas yang aku cakap tu. Sotong untuk display..hahaha

 Kekenyangan bro..


 Band caklempong yang mengiringii majlis buka puasa nie..terbaik!!






Lepas sorang demi sorang kami tanya, Last last kita orang tanya dengan brader kitchen tu. Akhirnya, dengan perbagai dugaan sostong display akhirnya ke kuali juga. Hahaha, nasib ko lah sotong. Kalau nak display baik duduk dalam peti ais ajer. Ataupun letak jer "Untuk Display Sahaja". Tak yah susah susah nak letak kat situ. Adoyai..macam tu pun ada..Kakak tu masak semua sotong tu untuk kami dan bagi kami makan kesemuanya. Aik, macam perli jeer. Tak perlah, janji member aku tu tak kempunan...
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...