NuffNang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kenangan Ride Senawang to Mersing 2007


Salam,


Aku suka mengimbau kembali perjalanan aku masa dulu-dulu. Kenangan pasti ada setiap kali kita melakukan sesuatu ride. Walaupun cuma dalam negara, tapi aku bangga sebab aku pergi ride dengan motor kecik jer. Kalau hati dah berkeinginan, apa pun boleh jadi. Yang penting mesti ada kemahuan, betul tak?

Ride aku ke Mersing nie adalah antara ride ride terawal yang aku lakukan setelah aku memiliki motor aku nie. Perjalanan ke Mersing juga adalah antara ride aku yang agak mencabar, kerana kami mengejar masa. Jarak antara Seremban hingga Mersing adalah lebih kurang 650km pergi dan balik. Perjalanan pagi tu dimulakan agak lewat sekitar jam 8.30 pagi, kemudian ditambah pula dengan masalah motor rosak di awal perjalanan. Motor 125 Z kepunyaan Zamidi telah mengalami kerosakan kecik, iaitu kabel 2T beliau telah tercabut. Kami singgah di pekan Bahau untuk beliau membaiki motornya. Masalah dapat diselesaikan dengan mudah.


Kami terus bergerak menuju ke Simpang Serting dan mengambil route ke Muadzam Shah. Aku lead diaorang hingga ke Petronas Simpang Paloh dimana kami refueling buat kali pertamanya. Di sini, kami berhenti seketika menunggu salah seorang dari ahli konvoi yang balik ke kampung dan tinggal di Paloh. Masa tu Khairul balik cuti tapi still nak join kami ke Mersing. Perjalanan diteruskan hingga simpang Muadzam Shah. Dari situ kami membelok ke kiri hingga ke Muadzam Shah. Perjalanan kami agak lancar kerana jalan tak begitu sibuk. Perjalanan kami juga disertai oleh dua biji kereta. Dipertengahan jalan, kami melalui satu roadblock Polis yang menahan kami. Pak Polisi tu bertanya kami nak kemana. Kami cakap kami nak ke Mersing. Dia check lesen dan roadtax dan membenarkan kami jalan. No problem. Sebenarnya perjalanan ini adalah jemputan dari saudara Saiful yang mengajak kami untuk ke rumahnya.


Sampai di Muadzam, kami refueling lagi. Masa nie dah agak terasa penat kerana cuaca dah panas. Masa kami sampai di Muadzam lebih kurang jam 12.30 tgh hari. Kami tak berhenti lama di setiap perhentian kerana mengejar masa. Siap isi minyak dan makan roti dan minum air mineral, kami terus bergerak. Mengambil route ke Rompin. Jalan nie adalah jalan yang amat tenang, tak banyak kereta dan melalui perkampungan. Kalau tak silap, kami melalui perkampungan orang asli. Kami maintain kelajuan nasional sampai Rompin.


Kami refueling sekali lagi di Rompin. Masa nie dalam pukul 1.30 tgh hari kalau tak silap. refueling dan carbo loading dengan roti sekali lagi. Maklumlah pagi tadi tak sempat nak breakfast. Siap refueling, kami terus gerak menuju ke Mersing. Perjalanan area nie pun boleh dikatakan cantik. Sampai area Tanjung gemuk, dapat leer tengok jeti ke Pulau Tioman. Kami teruskan perjalanan sampai ke Mersing. Waktu nie adalah dalam pukul 2.30 petang. Sampai Mersing kami terus ke rumah Saiful. Mak Saiful dah standby dengan makan tengahhari. Makanan tengah hari memang superb. Nasik dengan lauk daging. Kami tak lepaskan peluang dengan berbaring untuk meregangkan urat dan ada juga yang tertidur.


Siap solat Zohor, kami terus bergerak pulang, dalam pukul 4 petang. Untuk perjalanan pulang, hanya kami yang bermotosikal ajer akan balik, dan mereka yang datang dengan kereta akan balik pada esok paginya. Aku bawak diaorang pusing pusing dan berhenti jab kat bandar Mersing untuk ambik gambar dan beli keropok lekor. Haa, engkorang ingat kat pantai timur jer ker ada keropok lekor. Keropok lekor kat Mersing pun superb jugak beb. Kami keluar dari Mersing dalam pukul 5 petang. Aku ambik keputusan untuk ke Kluang dan balik melalui highway Utara Selatan untuk ke Senawang. Perjalanan kali nie memang agak memboringkan sebab banyak lalu jalan kelapa sawit. Kalau tak silap aku melalui Felda Nitar. Aku jalan terus dan tak singgah mana mana pun.


Perjalanan antara Felda Nitar hingga ke Simpan Kluang nie melalui jalan felda dan seringkali dilalui oleh lori kelapa sawit. So aku terpaksa slow dan arahkan bebudak nie supaya ambil langkah berhati hati. Sebab jalan agak licin dengan diselaputi minyak kelapa sawit. Terlalu concentrate pada jalan sampai kami tak sedar ada roadblock kat depan. Polis tu tahan kami dan check apa yang patut. Kami dilepaskan tanpa ada masalah pun. Sampai kat pekan Ayer Hitam dalam pukul 7 petang dah. Berhenti untuk makan malam. Singgah kat gerai tepi jalan untuk makan nasi ayam.


Kami refueling lagi kat sini sebelum bergerak terus menuju ke highway Utara selatan. Waktu nie dah gelap dah. Badan pun dah penat. Perjalanan ke Senwang melalui highway Utara Selatan tak banyak masalah. Kami maintain dengan kelajuan nasional jeer, sebab banyak kelas motor yang ikut ride nie. Dari Lagenda sampailah ke TZM. Berhenti sekali lagi untuk merehatkan badan dan refueling kat Hentian Ayer Keroh. Masing masing dah minum Red bull dah masa nie. Bila badan dah penat, automatik mata pun mengantuk. Aku tak nak bazirkan terlalu banyak masa kat sini sebab hari semakin malam. Siap refueling, kami terus bergerak dan selamat sampai ke Senawang dalam jam 12 malam. Okay, perjalanan yang sangat seronok walaupun penat. Satu lagi pengalaman ride aku yang masih segar dalam ingatan aku..Anda bagaimana?

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...