NuffNang

Selasa, 7 Mei 2013

Asam Pedas Botak, Johor Bahru

Salam,

Memang sebenarnya aku tak pernah tahu pun kewujudan asam pedas yang sedap kat tengah tengah bandaraya Johor Bahru nie. Biasanya kalau sebut ajer asam pedas, pastinya aku terpanggil untuk menyenaraikan Parit Jawa dan juga Kota Laksamana sebagai port asam pedas termashyur mengikut selera dan tekak aku.

Namun peluang untuk menjamah selera bersama salah sau resepi masakan terkenal Johor nie mungkin mengubah persepsi aku mengenai asam pedas. Asam pedas Botak nie memang terkenal kat JB, dan sering dikunjungi oleh VIP dan juga penggemar asam pedas.

Menurut ceritanya, ini adalah kedai ataupun port baru asam pedas. Sebelum nie Botak menjalankan perniagaannya di kedai lain, dan bila perniagaannya berkembang beliau berpidah kekedai ni. Asam pedas beliau memang sedap dan terkenal. Tak caya, boleh datang ke sini dan cuba.


Masa aku makan tu, kami memilih menu kepala ikan jenahak bersama sama dengan telur dadar, otak otak dan kailan ikan masin. Pherggh...memang menarik dan sedap menu asam pedas nie.

Air limau pun sedap..tak tau samaada masakan kat sini memang sedap atau masa tu perut aku lapar...hahaha. tapi tak dapat disangkal, asam pedas ni ememang sedap dan menjadi pilihan. Inilah menu asam pedas nyonya. Harga? Mampu dibayar dan dikategorikan sebagai murah.


Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...