NuffNang

Ahad, 26 Mei 2013

Sabah - 1st Day Kota Kinabalu-Tamparuli-Kundasang

Salam,

Pertama kali aku jejakkan kaki ke Sabah. Okay...cam biasa jer laa. Sama macam tempat tempat lain kat Malaysia nie. Tak der laa nak cakap macam luarbiasa sangat. Flight delay sikit, sebab landasan ada maitainence...hehehe. Delay sejam jugak laa. Take off pukul 10.30pagi, sejam lambat sampai kat KKIA pukul 1 petang. Bila sampai Sabah, tak perlu nak set jam apa apa...sebab waktu diaorang sama macam kat semenanjung.


Perut dah rasa cam lapar...nasib baik jugak dalam flight tadi dah makan nasi lemak. Alang alang anak aku nak makan hotdog, terbeli jugak laa untuk abah dia nasi lemak dengan milo panas..



Mendarat ajer kat airport, aku dah whatsapp Shahril. cakap flight dah landing. Tapi sebelum tu kena queue untuk Imigresen pulak, punya laa ramai. Settle semua urusan imigresen, aku pun keluar. Tak perlu call Shahril pun sebab dia dah bagi nombor kereta dia. Aku ketuk tingkap kereta, nasib baik dia tak lama tunggu.

Sembang sembang kejab, pas tu aku pun cam konpident jer drive kat bandar KK nie. Padahalnya, satu jalan pun tak tau. Sempat tanya camner nak keluar dari airport tu jerr. yg lain gamble ajer laa..Peta pun tak beli. ingatkan ada peta yang diprovide oleh Tourism Malaysia kat booth dia tu, rupanya tak ada pulak..aiseyy.

Firstly, nak kena beli makanan tengahhari nie. Nasib laa bandaraya Kota Kinabalu nie tak laa sesak sangat macam kat KL. Masih sempat nak tengok papantanda tunjuk arah. Jalan terus ajaa, sampai kat KK, nampak Plaza Wawasan. Masuk dan cari parking. Kita lunch dulu...di mana?



Makan tengahhari di KFC. keh keh keh...Punya laa jauh jalan, ada kerr lunch dengan KFC jugak? Adoii..Okay ajaa. janji perut kenyang sudah..Harga pun sam amacam kat semenanjung. Layanan orang Sabah memang ramah..betul seperti kata blogger blogger lain.

Siap makan, masuk Giant kat Plaza Wawasan tu. memandangkan Sabah nie asing bagi aku, terpaksa laa beli bekalan makanan segera sikit. Takut kot kot tak jumpa tempat makan pulak kat Kundasang nanti, ataupun malam nanti takut laparrr...camner? So better beli mee segera dalam cawan, roti dan juga air mineral.

Perjalanan diteruskan menuju ke Tamparuli. Jangan cari signboard menuju ke Kundasang atau Kinabalu Park, memang tak jumpa. Pusing pusing saja, ikut signboard ke Kudat / Tuaran. Nanti akan jumpa simpang menuju ke Kundasang / Ranau. Banyaknya roundabout kat Sabah nie. Setiap pelusuk tempat ada roundabout. Senang nak u turn. Ikut pesisiran pantai yang sangat cantik. Seolah olah macam jalan kat Pantai Lido tu.


Satu perkara yang mungkin boleh diambil perhatian ialah kurangnya papantanda yang berguna untuk pelancong luar di Sabah nie. Cukup mengelirukan. Kena rajin bertanya kalau tak nak sesat. Kalau sesat pun, still ada dalam Malaysia. So jangan gelabah sangat..hehehe.

Kemudian dalam perjalanan ke Kundasang tu, aku singgah jab di Rumah Terbalik. Rumah Terbalik nie terletak dalam daerah Tamparuli. Sebab dah sampai, aku pun masuk juga laa. Nanti aku ceritakan detail pasal Rumah Terbalik nie nanti.




Dari KK nak ke Kundasang tak jauh pun sebenarnya. hanya 70km ajer. Tapi setelah Tamparuli, anda akan mula mendaki melalui jalan seperti ke Cameron ikut Tapah..ehhh...tak laa macam tu punya jalan. Memang laa bengkang bengkok sikit, tapi scenery terbaekkk!!

Sampai satu kawasan anda akan dihidangkan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kadangkala, sepanjang tempoh pendakian, anda akan dapat melihat gerai gerai yang berasap, seolah olah menjual ayam panggang atau daging salai. Sinalau Bakas signboard dia. Tak lah laa berhenti, bukan boleh beli makan pun kalau berhenti.


Teruskan mendaki dan kadangkala anda akan membuntuti lori lori yang sedang bersusah payah nak mendaki bukit. Sebab tu kat sini ramai yang pakai 4 wheel dengan kuasa enjin sehingga 2500 cc kot...senang nak panjat bukit dan overtake lori panjat bukit nie.



Haa...dari kejauhan dah nampak puncak Kinabalu yang tersergam indah. Memang indah dan cantik sangat. Bila dah semakin jauh memanjat, kadangkala kita akan terpaksa menempuh kabus atau awan yang merentangi jalan. So pasangkan lampu kabus anda dan teruskan memandu dengan berhati hati.




Bila dah semakin hampir, anda boleh berhenti kat Pekan Nabalu nie untuk membeli belah barangan souvenir. Khabarnya barangan kat sini murah sedikit berbanding beberapa tumpuan membeli belah di Kota Kinabalu. Betul ker? Pada pengamatan aku, ada sesetengah barang yang memang lebih murah, dan ada sesetengah barang yang sama ajer harganya.


Tak lama selepas anda melepasi Pekan Nabalu nie, anda akan sampai lerr kat area Kundasang. Suasana nyaman dan sejuk, sebab kat sini kita dah sampai ke kawasan pergunungan sebenarnya. Hati hati laa memandu kat sini. Sebab berkabus, lebih lebih lagi kalau hujan. Ketika aku sampai, dah pukul 6 petang. kat Sabah nie, pukul 6 dah macam pukul 7 kat semenanjung.

Aku dah booking bilik kat J Residence, Kundasang. Dari pembacaan khabarnya berbaloi sangat duduk kat sini, dengan bilik yang besar dan pemandangan yang cantik. Nanti aku akan ceritakan details ya mengenai J Residence Kundasang nie dalam entry berikutnya.


Siap jer check in dan ambik kunci bilik, aku keluar semula. Destinasi adalah mencari makan malam nie memandangkan kat sini tak ada restoran. Destinasi adalah ke pekan Kundasang.

Aku tak ambik gambar kat pekan Kundasang sebab telepon dah habis bateri. Suasana berkabus kat pekan nie. Ada KFC kat sini. Tapi aku pilih untuk makan makanan tempatan. Sayap ayam Pak Ali kalau tak silap, di depan kedai makan Nasi Ayam Antarabangsa. Aku beli sayap ayam, Mee Goreng dan juga Nasi Ayam beserta murtabak sayur. Agak mahal makan di Sabah berbanding semenanjung. Tapi bagi aku, Mee Goreng kat Sabah nie sedap laa, walaupun aku tak sempat nak makan Mee Goreng Tuaran. Dan yang peliknya, mee goreng pun dihidangkan bersama sup..hehehe.


Lepas mandi dengan air batu, kami sekeluarga makan malam bersama di beranda sambil mendengar bunyian unggas hutan. Waktu kami duduk kat situ, chalet nie baru lepas di cat agaknya, masih kuat berbau cat minyak.

Waktu siap makan tu dah pukul 9 malam, lepak lepak atas katil sambil layan DVD. Nak tengok TV tak ada siaran...Nak tido malam tu pun tak berapa lena, sebab tak ada kipas..hehehe. Tido tido...esok nak bangun awal..nak tengok Gunung Kinabalu.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Bro... kalau flight kawan landing pukul 5pm... agak2 sesuai tak kawan terus ke Kundasang?... atau better stay a night at KK then esok baru shoot ke Kundasang... amacam tu

Aku Budak Nerek berkata...

Pada pendapat kawan, sesuai lagi kalau bermalam kat KK dulu satu malam. Esok pagi baru shoo terus ke Kundasang. Dapat tengok pemandangan menarik sepanjang perjalanan. kalau gerak malam, dikhuatiri sesat, tak jumpa tempat penginapan, lataupun membahayakan. Maklumlaa badan dah penat, lagipun tempat orang kita tak biasa lalu sana. Kalau nak shoot terus pun boleh, kat sana pukul 6 dah gelap macam pukul 7 kat sini. Pastikan awak dah study siap siap route ke tempat penginapan dan dah siap booking. Kalau tak nanti takut kelam kabut. better makan dulu kat KK sebeleum shoot ke Kundasang..Bila sampai Kundasang nanti takut tenggelam punca, hehehe. Enjoy your Trip! Sabah baik bahh!!

Muhammad Razif berkata...

bro flight landing tgh hari 12.30 mcm tu. shoot kundasang ok kan? lagi satu duduk kundasang dua hari berbaloi ke?atau sehari je?selebihnya KK..apa pendapat

Aku Budak Nerek berkata...

Owhh..pendapat kwn, kalau flight landing pukul 12.30 tu, memang sesuaii. Makan dulu kat KK, then terus gerak ke Kundasang. Stop tempat tempat menarik sepanjang perjalanan. Bagi kawan, tak puas kalau dok sehari jerr kat kundasang. Sebab tempatnya sangat cantik. Kalau lama sangat nanti, takut jemu pulak...KK stay lama pun syok, sebab banyak tempat shopping dan boleh pergi pulau..

LeeZ berkata...

Saya akan ke KK hujung bulan ni. Sampai pkul 12pm. 3 malam kesemuanya...boleh suggest aktiviti tak??

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...