NuffNang

Isnin, 27 Mei 2013

Rumah Terbalik - Tamparuli

Salam,

Sememangnya naluri manusia tu ingin mencuba sesuatu yang baru. Mencuba apa yang orang larang. Atas naluri itulah, aku akhirnya terjebak jugak untuk masuk dan melihat Rumah Terbalik nie, walaupun ramai kengkawan yang pernah pergi bagi nasihat agar jangan masuk.


Tiket masuk memang mahal, RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak kanak. Kalau nak masuk kawasan luar ajer, nak gunakan tandas pun kena bayar RM5. Dan dia dah bina pagar tinggi agar kita tak boleh tengok ke dalam apa yang terdapat kat sebelah pagar tu..Bijak betul.


Kita hanya dibenarkan bergambar di kawasan luar rumah ajer. Kamera tak dibenarkan dalam kawasan rumah. Dan sepanjang lawatan kita tu, kita akan dieskort rapi oleh pemandu pelancong yang akan membebel  buat cerita dongeng.


Aku share laa serba sedikit gambar yang aku dapat tangkap masa lawatan aku ke Rumah terbalik nie. Aku rasa, sepanjang lawatan tak sampai setengah jam pun. Pusing rumah yg ada 2 bilik nie. Semuanya terlingkup ke atas. Dari meja, kerusi, katil, peti sejuk, almari...pendek kata semuanya laa depa dah skru dan tanam dalam konkrit tu.



Yang pastinya, bagi aku dengan duit tiket RM 10 tu...tak berbaloi langsung. baik hangpa tok sah masok laa..


 






Sebelum masuk kena ketuk gong dulu..sebab dah bayaq mahal, so kena ketuk banyak kali laa..


Nie pulak kononnya taman terbalik...pasaipa batu tu kat bawah? kalau terbalik sepatutnya kat atas laa kan..?



Dah habis pusing dalam rumah terbalik nie, ada laa dalam 10 minit dah setel, keluar ke belakang, masuk tempat cenderamata. Lebur lagi duit beli souvenier. Pas tu jangan lupa pergi toilet dia..sebab kita dah bayaq mahal. Gunakan semua kemudahan yang ada.






Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...