NuffNang

Sabtu, 11 Mei 2013

Udang Galah Leban Condong, Rompin

Salam,

Bila dah puas berpeleseran dan makan makan di Johor Bahru, aku menggerakkan diri ke Kuantan daripada Johor Bahru. Pastinya laluan yang akan dipilih adalah menggunakan laluan Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan. Bagi yang tak biasa menggunakan laluan nie, dipersilakan. Sebab apa aku berkata demikian? sebab sepanjang jalan nie pun banyak port port yang menarik untuk disinggahi, termasuklah port makan makan.

Sebenarnya aku dah pernah juga sebelum ini untuk menelusuri port udang galah di Rompin nie. Cuma aku tak tahu port sebenar di mana budak budak bikers nie lepak kalau diaorang ride ke Mersing ataupun Rompin nie. Yang aku tahu kawasan RnR leban Condong.

So bila aku dah ada kesempatan, dengan perjalanan yang santai maka kali ini aku cuba cuba singgah. untung untung mengena. Rompin memang terkenal dengan kemasyuhan udang galahnya. Jadi, amat rugi kalau bertandang ke sini namun tak merasa untuk makan udang galah nie.


Rupanya ada banyak deretan kedai di RnR Leban Condong nie. Dan setiap kedai pastinya ada menawarkan hidangan udang galah nie. So korang boleh pilih laa mana satu yang korang nak try. Aku berhenti di kedai yang hujung sekali, sebab memang aku tak tahu mana satu kedai yang syiok dan sedap.

Aku pilih kedai nie sebab ada satu besen udang galah yang siap dimasak merah bersos. Nampak meyelerakan. Sebelum makan, aku tanya harga dulu. Kot kot tak mampu pulak aku nak bayar nanti. Rupanya seekor 13-14 mengikut saiz. Dan apa yang aku boleh katakan, udang galah nie memang saiz godang! Berbaloi laa kalau caj aku RM14 atau RM15 pun. Sebab anak aku tak makan udang, makanya aku ambik 2 ekor ajer laa..Tu pun aku tak habis makan, terpaksa donate kat org rumah aku untuk habiskan.


Bila selesai makan dan nak balik, aku perasan rupanya kedai yang sebelah sana tu lagi meriah. Dan budak budak bikers memang lepak kat sana. Dont worry, next trip aku akan bawak geng geng ride meratah udang galah kat Leban Condong nie. Aku akan cari apa lagi keistimewaan di daerah Rompin nie, agar berbaloi baloi sikit kalau ride ke sana...


Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...