NuffNang

Sabtu, 11 Mei 2013

Kacang Pool Haji, Larkin Johor Bahru

Salam,

Aku sebenarnya dah lama juga ingin mencari dan merasa kacang pool yang menjadi dambaan rakyat Johor nie. Walaupun asalnya kacang pool ini adalah makanan yang berasal dari timur tengah, namun aku pun tak tahu bagaimana resepi ini boleh menjadi hidangan masyarakat tempatan.

Rupanya kalau engkorang bertanya pada Mr Google, kacang pool nie juga dikenali sebagai kacang foul. Begitu adanya..Aku melepak kat Medan Selera Larkin (Area Balai Bomba Larkin). Menang famous rasanya kacang pool kat sini, sebab bila tanya ajer Mr Google mesti dia tunjuk gambar kacang pool kat sini.



Apa yang terdapat dalam hidangan kacang pool nie? Seperti gambar di bawah, inilah apa yang akan kita makan kalau kita order kacang pool. 2 hirisan roti, serta kacang berkuah dan telur. Rasanya? Bagi aku memang menepati citarasa..dan pastinya mengenyangkan. Aku makan dua mangkuk dan memang tak mampu nak makan apa lagi lepas tu...hehehee...katanya. Tapi lepas tu aku pun tak pasti macammana aku boleh makan sup mamak pulak.


Cara nak makan? Ikut kreativiti memasing laa kot. Sebab tak ada pulak proper guideline camner nak makan benda nie. Aku just koyakkan roti dan cicah dengan kuah kacang tu jerr. Tapi sebelum tu jangan lupa untuk perahkan perahan air asam limau kasturi dalam mangkuk kuah kacang tu. Lepas tu slruppp lerr. Dalam masa menghayati keenakan kacang pool nie, korang juga boleh laa kalau nak layan ABC kat kedai sebelah tu... layan jugak..ada aiskrim.



Masa aku makan tu pun dah gelap nak senja dah, so gambiran pun tak der laa cun sangat. Biasa biasa ajerr...cukup laa kalau sekadar nak berkongsi pengalaman aku makan kacang pool nie. Sekarang nie, aku dalam misi mencari resepi kacang pool nie. kot kot boleh buat sendiri pulak lepas nie. kalau boleh bukak bisnes lagi laa bagus...hehehee.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...