NuffNang

Ahad, 26 Mei 2013

Sewa Kereta - Sabah

Salam,

Sebelum memulakan perjalanan, walaupun tanpa GPS, peta mahupun Tourist guide...perkara yang paling penting yang anda perlu ada adalah persiapan. Persiapan termasuklah dari segi pengetahuan, kereta sewa dan juga penginapan. 3 perkara pokok yang anda mesti selesaikan sebelum anda terbang.

Dari mana nak dapat semua benda nie? Dalam zaman era internet sekarang nie, google ajer dan rajinkan membaca blog blog orang lain yang telah ke sana. Especially yang buat travelog backpacker....best..

Aku nak kenalkan dan suggest satu brader nie, yang korang boleh nak contact kalau nak jalan jalan ke Sabah. Dia ada sediakan perkhidmatan sewa kereta. (Gambar dia nie aku curik kat whatsapp dia)


Saudara Shahril..dia nie memang sempoi dan yang best, kereta yang dia bagi memang tip top! Wangi dan bersih sangat..rasa macam bawak kereta sendiri. Harga pun okay, tak tinggi kalau dibandingkan dengan pengusaha kereta sewa lain yang aku survey..Dia pun tak berkira sangat, cam aku ambik pukul 2 petang, tapi pulang pukul 6 pun okay jerr...no extra charged.




Harga dari serendah RM80..Kalau korang dah biasa drive kereta mewah kat sini, korang kena cari kereta mewah jugak laa kat sana. Macam aku, aku cari Viva auto jerr. Jimat.. Boleh jugak panjat Kundasang, sampai Ladang lembu Desa Farm yang memang pacak gila bukit dia tu..

Tapi korang jangan laa bandingkan harga kereta sewa kat Sabah nie dengan harga kereta sewa kat Langkawi...memang tak masuk akal laa. Antara pilihan yang korang boleh dapat kat Sabah nie adalah dari kereta Viva, MyVi, Saga BLM atau FL, Avanza. Lain lain kereta kena tanya sendiri kat owner. Kalau keluarga besar, boleh juga cari Starex, Innova, Alphard pun ada kot...kena rajin google laa..

Shahril : +60128221685
Call, SMS atau Whatsapp...semua dia layan...


Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...