NuffNang

Isnin, 27 Mei 2013

J Residence, Kundasang

Salam,

Kat Kundasang nie sebenarnya banyak sangat rumah tumpangan, chalet mahupun resort resort cantik dan mahal. Pilih laa yang bersesuaian dengan budget anda. Aku pikir sebab nak tido malam jerr, siang nak meronda ronda, sebab tu laa aku nak cari sebuah penginapan yang berbaloi baloi dengan nilai ringgit yang aku keluarkan.

Lama jugak laa aku belek belek cari tempat penginapan yang disarankan atau disyorkan oleh blogger Travel Backpaker. Ramai jugak yang bagi cadangan dengan tempat nie. Khabarnya sangat berbaloi dengan bilik yang besar. Satu malam bilik kat J-Residence nie berharga RM 88. Tak lama lagi akan naik harga.



Chalet nie terletak di bawah bukit, terletak di kaki Gunung Kinabalu. So kalau korang terasa bangun  pagi, celik ajer mata nak tengok Gunung Kinabalu...lupakan jerr laa. Memang tak nampaknya dari sini. Suasana kedinginan dan memang sejuk. Pemandangan agak menarik dengan scenery gunung ganang yang berbalam balam dari jauh.


Suasana malam yang memang sunyi sebab jauh dari kehidupan. Bunyi unggas unggas dan burung burung ajer yang kedengaran. Malam pun tak boleh nak tengok TV, sebab tak ada siaran. Cuma ada disediakan DVD player sahaja beserta beberapa keping DVD. malam konpom tido awal, sebab sejuk dan sunyi.

Kalau korang datang satu family yang ramai, boleh ambik villa dia. Seperti dalam gambar di atas nie. Boleh laa masuk ramai sikit. Ada dapur kalau nak masak.



Bangun pagi tak ada breakfast ya..Jangan berangan bila bangun pagi nak makan pulak. Pandai pandai laa korang masak maggi ker, makan makanan lebihan malam tadi ker. Bangun konpom awal, seawal 530 pagi. Sebab pukul 6 dah cerah dah...macam pukul 7 kat semenanjung.


Kalau korang berhasrat nak buat BBQ waktu malam, boleh arrange dengan owner chalet nie. Ada port port tempat BBQ. Kalau lepak ramai ramai, memang best laa...sembang sembang sambil bakar daging masa sejuk sejuk gitu..



Tapi dari jalan besar menuju ke tempat peninapan, memang curam tak hingat. Kalau brek tak makan, mau jugak terbabas rempuh rumah nie. So hati hati laa yer..




Wifi pun ada disediakan secara percuma. So boleh laa kalau korang nak layan internet. Password pun ada disediakan sekali.


Aku duduk di bilik 3A. Bagi aku, bilik memang luas. Dengan RM88 nett yang aku bayar, aku dapat satu katil queen dan satu katil bujang. Untuk pengetahuan, dinding bilik adalah papan dan bukan simen ya. Dalam bilik hanya ada disediakan kelengkapan asas seperti tuala, TV dan juga sebuah DVD player. 

Tak ada almari ataupun penyidai pakaian ya. Tak ada pendingin hawa, diulang tiada ekon sebab suasana dah sejuk. Dan juga tiada kipas. So bagi aku yang tido mesti berkipas nie, agak sukar jugak laa nak lena. Tapi bila dah penat, akhirnya terlena jugak.

Bilik mandi ala ala bilik mandi kat kampung kita. Ada baldi dengan paip air. Air memang sejuk tak hingat..macam air dalam peti sejuk tu. Water heater disediakan, namun malangnya tak berfungsi langsung. Aku fikir pihak pengendali perlu pastikan benda nie diperbaiki. 

Bayangkan macammana nak mandi pagi ataupun malam tanpa pemanas air? Aku dah call beberapa kali, tak berjawab. Bila aku email pun tak berjawab. Walhal sebelum kalau duduk tu, cepat jerr dibalas email masa kita nak buat tempahan.

Rasanya sebelum nie pun, ada diceritakan oleh blogger lain bahawa pemanas air nie rosak. Sampai sekarang pun belum diperbaiki? Adoihh...Yang lain lain rasanya tak ada apa apa yang menarik. Cuma kat luar serambi tu ada disediakan dapur untuk memasak serta cerek untuk masak air. Jangan risau kalau pemanas air anda masih belum diperbaiki, sebab ada cerek untuk masak air...Usaha Tangga Kejayaan.!!




Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...