NuffNang

Selasa, 7 Mei 2013

Senawang-JB-Temerloh


Salam,

Sempena hari raya...opsss...hari pilihanraya PRU ke 13 ini, aku mengambil kesempatan utuk pulang ke kampung di samping menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia yang wajib memilih tampuk pemerintahan negara.

Sebelum sampai ke kampung aku, kami sekeluarga mengambil kesempatan nie untuk melawat kakak aku kat Pasir gudang dahulu. Kemudian kami akan bertolak dari Johor ke Pahang melalui pinggiran pantai Mersing hinggalah ke Kuantan dan seterusnya ke Temerloh.

Sebuah perjalanan yang sangat menarik dengan pemandangan memukau di kiri dan kanan jalan. Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, banyak makan dan banyak duit minyak...kikiki.

Jika ditanya, sebenarnya aku dah banyak kali sangat repeat jalan nie samaada dengan bermotosikal mahupun berkereta. Cuma belum sempat nak berbasikal ajer. Jika yang masih belum pernah, anda dialu alukan mencuba jalan ini. Jika anda dari KL, mungkin anda boleh menggunakan laluan Muadzam Shah ke Kuala Rompin, Mersing.

Mana yang lebih seronok? Samaada dengan berkereta atau bermotosikal? Hmmm...subjektif. kalau berkeluarga, pastinya dengan berkereta. Duduk diatas seat  kereta yang empuk diulit kedinginan penyaman udara memang mengasyikan, ditambah lagi dengan alunan muzik dari stereo kereta.

Tapi kalau anda jenis jiwa yang adventure, memang lah bermotosikal menyeronokkan. Dan jika menaiki motosikal, pastinya ada anak anak yang kena tinggal....so buatlah pilihan yang sewajarnya. Sama juga seperti mengundi. pilihlah secara rasional, kerana undi andalah yang menentukan halatuju negara. Mungkin dengan satu undi anda akan berjaya memartabatkan bangsa dan agama, serta masa depan negara. pikir pikirkan dan selamat beramal!!



Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...